Sabtu, 27 Ogos 2016

PUNCA DAN SIMPTOM BERLAKUNYA CYST DAN FIBROID

Dalam istilah perubatan cyst didefinisikan sebagai kantung yang mempunyai ciri luar biasa dan mengandungi bendalir. Kantung ini biasanya ditemui pada ovari bagi pesakit ovarian cyst.

a membranous sac or cavity of abnormal character in the body, containing fluid."

Manakala fibroid dalam istilah perubatan;

"Fibroids are abnormal growths that develop in or on a woman's uterus."


Fibroid adalah pertumbuhan tidak normal yang berlaku dalam 

uterus seorang wanita. Kadang kala ketumbuhan tersebut agak 

besar dan boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian perut. 

Namun, fibroid bukan dalam kategori KANSER.


PUNCA-PUNCA CYST DAN FIBROID

1. Masalah utama yang sering dikaitkan bagi yang mengalami masalah fibroid dan cyst adalah kerana ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. Contohnya terlebih hormon estrogen berbanding hormon progesteron. 

Jika anda menghadapi kitar haid yang tidak teratur, itu menunjukkan ketidakseimbangan hormon dalam badan kita.

2. Kandungan Xeno estrogen yang tinggi dalam badan.
Xeno estrogen sebenarnya adalah estrogen sintetik atau tidak asli yang terdapat secara meluas sekarang sama ada terdapat dalam makanan, minuman, bahan kimia dalam pertanian dan dalam penternakan atau pertanian.

Kehadiran xenoestrogen ini menyebabkan kerencatan fungsi estrogen sebenar dalam badan.

3. Genetik adalah faktor biasa yang dikaitkan.Jika keluarga kita mempunyai sejarah mempunyai cyst dan fibroid, adalah kemungkinan besar faktor ini juga mempengaruhi keberadaan cyst dan fibroid kita.


SIMPTOM ATAU TANDA- TANDA CYST DAN FIBROID


1. Haid yang tidak teratur
2. Senggugut yang teruk
3. masalah ketidaksuburan
4. kemandulan
5. sakit semasa bersama suami
6. keluar darah, keputihan atau bau pada vagina

tetapi untuk sesetengah kes, cyst fan fibroid tidak mempunyai simptom sehinggalah diketahui semasa scan pregnant.

Ada kes yg kawan tini hadapi dia memang tak de tanda apa2 pun setiap bulan.Maksudnya period lancar, tiada kesakitan dan menjalani rutin secara normal. Apabila mengandung dan anak dah masuk 4 bulan lebih dia kerap sakit perut. Tapi dia ingat itu cuma sakit mengandung.Sehingga kandunga 7 bulan lebih, doktor terpaksa buat pembedahan segera untuk keluarkan baby.Ini kerana fibroidnya membesar bersama baby.

So, kawan tini ni terpaksa dibedah dan anak dikeluarkan kerana doktor risau dengan fibroid yang boleh mengganggu pembesaran baby.

Kadang- kadang penyakit ni memang dah ada dengan kita.Cuma kita mungkin menyedari atau tak.Selagi ia tidak membahayakan kita, insyaAllah sebarang surgeri untuk mengeluarkan cyst dan fibroid ni tak perlu dilakukan.Cuma kita boleh berikhtiar untuk mengecilkan cyst dan fibroid ini untuk tidak mengganggu rutin harian kita.

QASEH SEBAGAI IKHTIAR









Untuk mendapatkan qaseh gold, boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
014 2907448
Pengedar Qaseh Gold

Penghantaran secara pos dilakukan di seluruh Malaysia.

Selasa, 23 Ogos 2016

KECUTKAN CYST DAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN


CYST dan FIBROID boleh dikecutkan tanpa pembedahan. Tini yakin sejak akhir-akhir ini wanita sering dikaitkan dengan dua masalah ini. Kedua-dua nya berkait dengan wanita kerana cyst dan fibroid boleh berlaku di dalam rahim wanita seterusnya mengganggu kesuburan seorang wanita.


Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang boleh ada pada dinding rahim atau selalu secara saintifiknya dipanggil uterus. Manakala cyst pula berlaku di dalam ovari. Namun fibroid dan cyst tidak berada dalam kumpulan kanser!

Kita kenali dulu di mana kedudukan uterus dan ovari. Ini adalah gambar yang menunjukkan sistem peranakan wanita yang sihat.


Rahim adalah istilah kita manakal secara saintifiknya rahim dikenali sebagai uterus. Uterus adalah tempat di mana perlekatan zigot berlaku selepas persenyawaan atau di situlah bayi membesar. Ovari adalah 'kilang' atau tempat di mana ovum dihasilkan.

Sekarang kita lihat rahim atau uterus bagi wanita yang menghadapi masalah cyst dan fibroid.


Rajah yang menunjukkan penghidap cyst. Ovari yang tidak mempunyai cyst adalah seperti ovari pada sebelah kiri dalam rajah di atas. Manakala ovari yang mempunyai cyst saiznya adalah abnormal dan membesar. Apabila berlaku cyst yang terjejas adalah bahagian ovari wanita.

Manakala bagi penghidap fibroid, benjolan bendalir yang terbentuk adalah di kawasan rahim atau uterus. Oleh sebab itu, walaupun dikatakan kehadiran cyst dan fibroid tidaklah mengganggu gugat kesihatan wanita. Namun sikit sebanyak turut mengganggu proses kesuburan wanita dan menjadi faktor utama bagi sesetengah wanita yang tidak mengandung walaupun telah lama berkahwin.

Oleh itu, Qaseh menawarkan khasiat yang terbaik untuk wanita bagi mengatasi masalah cyst dan fibroid. 

BAGAIMANA QASEH MEMBANTU WANITA YANG MEMPUNYAI CYST DAN FIBROID

Qaseh Adinda terdiri daripada 11 ramuan istimewa yang mana sebahagian besarnya adalah daripada formulasi makanan sunnah seperti madu, kurma, habatus sauda, minyak za'faran, minyak zaitun, buah tiin, gam Arab dan lain-lain lagi. Kebanyakan makanan sunnah adalah mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan akan dapat merencatkan pertumbuhan semula cyst dan fibroid dan sekaligus mengecutkan kedua-duanya tanpa melibatkan pembedahan!





Tini sertakan beberapa testimoni pengguna Qaseh Adinda yang berikhtiar dengan qaseh sehingga cyst dan fibroid mengecut.





Penghantaran secara pos akan dilakukan ke seluruh Malaysia.


KARTINI BINTI JUSOH
PENGEDAR QASEH GOLD JERANTUT
014 2907448




Rabu, 17 Ogos 2016

TIPS ANAK GENIUS DARIPADA DATUK DR. FADZILAH KAMSAH

Anak-anak adalah penawar buat ibu bapa. Dalam setiap tindakan kita, dalam setiap urusan kita seringkali urusan anak yang akan didahulukan. Sebagai ibu bapa kita sering mengharapkan anak-anak menjadi anak yang sihat, pintar bahkan genius dalam menghadapi kehidupan harian mereka.

Bila dah jadi ibu ni, Tini faham bagaimana mak kita dulu melayan kita. Semua inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Tanpa kita sedar, anak-anak kita memang memiliki potensi dan kebolehan tersendiri. Maka terpulang kepada ibu bapa untuk mencungkil potensi anak-anak agar mereka menjadi lebih baik dan menyerlahkan potensi mereka sebaik mungkin. 

Hari ni Tini nak komgsikan Tips daripada Datuk Dr Fadzilah Kamsah untuk menjadikan anak kita genius. Tips penting untuk Tini juga sebagai panduan dalam mendidik anak-anak.

TIPS ANAK GENIUS

1. DOA IBU BAPA
Setiap urusan kita untuk anak-anak perlu sentiasa diiring dengan doa. Kerana itu, dalam Islam setiap perbuatan kita didahulkan dengan doa. Pentingnya doa daripada ibu bapa kerana doa ibu bapa adalah paling mustajab untuk anak-anak. Nak anak soleh, nak anak genius, nak anak pintar dan berkebolehan, pohonlah terus kepada Allah. Doa yang sungguh-sungguh pastinya dimakbulkan Allah.

2. DIDIK DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
Kita sedar tentang kesibukan ibu bapa sekarang. Kadang-kadang pagi lagi dah keluar mencari rezeki dan malam pula baru nampak batang hidung. Bagaimana dengan anak-anak?
Sedangkan ibu bapa adalah orang paling penting dalam usia kecil mereka untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri mereka. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mempunyai kualiti masa yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan. Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak ini yang boleh menjadikan anak-anak kita genius dalam bidang tertentu.

3. TERIMA ANAK SEADANYA
Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potenasi anak-anak agar potensi tersebut dikembangkan secara optimum. Mungkin ada anak kita yang cenderung untuk berdikari, bebas dan melakukan aktiviti lebih lasak. Namun, jika ada anak kita yang memang terlalu gemar memasak, maka bantu mereka untuk mengembangkan potensi memasaka mereka sehingga menjadi tukang masak@ chef yang hebat.

4. SEDIAKAN SUASANA MERANGSANG

Suasana dan persekitaran boleh merangsang perkembangan minda anak-anak. Sama ada suasana dari segi cara susun atur perabot rumah, pemilihan warna rumah atau pergaulan anak-aak di dalam rumah. Contohnya warna dinding untuk bilik tidur dan bilik belajar adalah berbeza untuk melahirkan mood yang berbeza.

5. MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG SERTA GAYA HIDUP YANG SIHAT

Makanan seimbang bermaksud makanan yang memenuhi 7 kelas makanan mengikut susunan piramid makanan. Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat bermaksud  aktiviti harian yang dilakukan setiap hari adalah aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, makan makanan berkhasiat serta bersosial dengan baik bersama jiran tetangga dan rakan-rakan.

Jika anak-anak anda adalah terlalu memilih makanan, adalah lebih baik jika keperluan nutrien mereka ditambah dengan mengamalkan makanan tambahan yang banyak terdapat dalam pasaran. Jika anda percaya dengan makanan sunah, maka Qaseh Gold adalah pilihan terbaik untuk anak-anak anda.





Untuk mendapatkan set pintar Qaseh Gold, iaitu Qaseh Junior dan homopati IGE boleh hubungi tini seperti di bawah,


KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut
014 2907448

Ahad, 14 Ogos 2016

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAKANDA

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Salam berqaseh untuk sahabta-sahabat pembaca ye.

OGOS.. Sebenarnya bulan yang membawa kenangan manis buat tini dan suami. Bulan ini anak pertama kami lahir dengan selamat dan sihat tanpa sebarang masalah.

Dua tahun lepas, malam 8 OGOS 2014 perut tini dah mula sakit-sakit. Jalan dah terbuka. Tapi ikut pengalaman nurse-nurse kat situ, orang beranak sulung ni biasanya akan lambat sikit terbuka jalannnya. OK, jadi saya pun tak lah nak bising-bising sangat. Sakit tu Allah je yang tahu. Ditambah pula kita ni tak ada pengalaman langsung. Siap call kakak tanya macam mana nak kurangkan rasa sakit tu. Pesan kakak, tidur tu jangan lurus je. Tapi kena mengiring dan angkat lutut ke atas sikit. Tapi masa sakit tu tini tidur je macam-macam cara sampai jumpa posisi yang selesa sikit. Huhu. Sakit..

Alhamdulillah, pagi esoknya pukul 11.08 min pagi Azra selamat dilahirkan secara normal. Tapi berlaku tumpah darah jugak selepas kelahiran tu sampai doktor tak bagi tini keluar dari bilik tu untuk pemantauan. Tapi memang terasa la darah laju je mengalir. So masa tunggu nak dijahit tu, doktor-doktor dan nurse sibuk juga nak tulis report kan. Ye la sebab tini tumpah darah, report nak kena details.

Alhamdulillah, lepas tunggu beberapa jam kat dalam bilik tu tini dibenarkan keluar ke wad biasa. Sedihnya bila keluar tengok family semua dah datang. Kakak, ayah, anak-anak buah semua dah ada. Malam pertama jadi ibu, tini ditemani anak buah, Munirah. Masa kali pertama tini bangun utnuk mandi selepas seharian bergelumang dengan darah tu, tiba-tiba tini jadi pitam. Nasib baik anak saudara sempat sambut. Pitam sikit mungkin sebab darah dah banyak turun kan. Malam tu berlalu dengan sangat lambat rasanya. Azra yang berada kat sebelah tini pula terkebil-kebil je tak tidur. Tapi dia tak nangis pun. Mungkin faham umi dia memang lemah sangat.

Alhamdulillah, esoknya tini dah boleh discharge sebab Azra dah kencing dan berak dengan baik. Lepas tu, kami balik ke Besut untuk berpantang. 9 Ogos adalah tarikh yang akan tini ingat sebab itu pengalaman pertama bergelar ibu. Masih terbayang-bayang peritnya melahirkan. Tapi bila dah peluk anak sendiri, tenang je rasa.

Mungkin kawan-kawan ada pengalaman tersendiri melahirkan zuriat pertama. Boleh lah kita kongsi di sini ye. Tahun ini, genap dua tahun Azra dilahirkan ke dunia. Memang benar semua telatah, rajuk, tawa dan manjanya menjadi penawar kita. Agaknya itu juga perasaan mak-mak kita kan bila dah dapat kita.

Semoga Azra akan membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah untuk umi dan abah.


Pengedar Sah Qaseh Gold Jerantut
014 2907448

Rabu, 10 Ogos 2016

ANAK ASMA, SEMPUT ATAU LELAH DAN PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Bersiaran di waktu malam hari ni. Kebetulan anak tini, Azra demam. Lama sungguh dah tak demam. Arini tetiba demam malam. Sebab siang tadi dah nampak dia tak larat pelik tapi badan tak panas cuma dengarlah batuk-batuk kecil nya. Tapi Azra refuse untuk minum air. So naluri ibu ni dah berbisik malam ni mesti demam. Oh, kuat betul naluri ibu. Malam ni dah start demam. Tapi tak lah tinggi, sekitar 37. 5 macam tu. Standby juga la ummi dia ni sebab risau ngan jantung Azra kan...

Malam ni tini nak share pengalaman masa kat hospital beberapa hari lepas. Masa tini check up perut kan..Masa tengah tunggu bacaan Hb muncul di skrin pengimbas bacaan Hb tu, tini perasan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang sedut gas. Bila tanya nurse kat situ rupa-rupanya memang dia sedut gas sebab penyakit asma atau lelahnya. Alhamdulillah, mak dia memang penyayang habis. Mak tak henti-henti gosok badan anaknya.Ye lah, mak mana tak sayang anak oooiii.





Asma di kalangan anak-anak sangat membimbangkan kerana mereka masih belum pandai mengatur nafas mereka sehingga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Asma yang berlaku menyebabkan kesempitan pada bronkiol dalam paru-paru menyebabkan anak-anak mengalami kesukaran untuk bernafas.

Sedih pulak tengok anak-anak kecil yang tak berdaya tetapi berpenyakit pelik-pelik ni. Rasa nak peluk dan tenangkan dia semata-mata. Huhu..

Untuk mengatasi asma dan lelah serta semput ni, tini suka untuk syorkan produk Qaseh Junior yang mesti diamalkan dengan istiqamah. Yang kena INGAT selalu Qaseh bukan ubat-ubatan. Qaseh hanya pelengkap kepada diet kita seharian. Kadang-kadang nutrien yang kita perolehi secara semulajadi dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya kerana terhapus semasa proses pembuatan atau semasa memasaknya.  Oleh itu, Qaseh adalah alternatif untuk melengkapkan keperluan nutrien dalam badan kita. Sebab itu tini suka untuk katakan Qaseh menambah NILAI dalam hidup seseorang.

Berbalik kepada masalah asma dan semput di kalangan anak-anak, istiqamahkan pengambilan Junior terhadap anak-anak kita. InsyaAllah dalam tempoh terdekat antibodi anak akan bertambah baik sekaligus mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan anak-anak. Secara tidak langsung anak-anak berada dalam keadaan sihat secara optimum.

Tini sertakan beberapa testimoni untuk anak-anak yang mengalami masalah semput, asma atau lelah ye.






Boleh hubungi tini untuk mendapatkan QASEH JUNIOR


Pengedar Qaseh Jerantut
KARTINI BINTI JUSOH- TINI
014 2907448 -sms/ whatsapp

Isnin, 8 Ogos 2016

Pengalaman HB rendah semasa kehamilan kedua..(11)

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Malam ni tak sabar nak menulis semula. Maklumlah petang tadi check up kat spital..Tak sabar nak sambung cerita tentang HB tini yang bermasalah dua minggu lepas.




Selepas dua minggu dari tarikh temujanji lepas, tini sekali lagi check up kat Hospital Jerantut bahagian ibu & anak. Semata-mata sebab Hb tini yang rendah dan jatuh mendadak dua minggu lepas, 27/7/2016.Sila baca siri I..Hihi..

http://qaseh83.blogspot.my/2016/07/pengalaman-hb-rendah-semasa-hamil.html

Jadi petang tadi selepas check up urine tu. tiba masa untuk check Hb pulak. Berdebar-debar jugak hati ni. Tapi sebelum gi hospital tu tini dah telan 3 sudu Qaseh Adinda dah. Pastu minum air kosong banyak-banyak. Jeng..jeng.. berdebar wei tunggu mesin tu tunjukkan bacaan Hb. Kih..kih. Pastu masa duk berdebar tunggu result tu, boleh plak 'Sister' masuk dan duduk kat tempat jururawat yang check tini. Pastu duk komplen sana sini pasal tak tulis tarikh la, berleter kat jururawat kat kaunter malas la..ish..macam-macam ragam manusia ni. Tini diam je lah kan. Tapi mata ni memang tak lepas pandang dengan jururawat yang setia di sisi mesin bacaan Hb tini.Haha..

Tiba-tiba Kak Wa, panggilan tuk jururawat yang ambil bacaan Hb tini pun jerit. Ok tini..11.4 ok. Tini pandang dia macam tak caya. "Ye ke? Berapa?"
"11.4 la. bagus dah tu." Kak Wa sengih je. Macam tau je betapa berdebarnya daku. 

Alhamdulillah, dua minggu lepas bacaannya 10.5 sampai misi tu guna pen dakwat merah tanda tini di bawah pemerhatian. Tapi hari ni kembali ke dakwat biru sebab dah lepas 11 bacaannya. Lega sangat dah. 


CARA MENGATASI HB RENDAH
APA YANG TINI BUAT YE DALAM DUA MINGGU NI???

1. Tini memang ambil diet atau makanan ikut keperluan piramid makanan tu lah. Cuma tini ni tak bol;eh makan nasi banyak. Tini banyak makan sayur dan lauk je sebab perut mudah sangat rasa kenyang.

2. Air minuman, tini dah tak sentuh teh, kopi dan minuman berkafein. Pantang sikit lah, tapi ada masa jugak curi-curi minum jugak tapi bukan selepas waktu makan nasi atau sebelum dan selepas ambil ubat. Biasanya petang la tini curi minum setengah gelas teh o panas atau teh panas.
Yang lain, tini banyakkan air suam, air kosong dan jus yang masam-masam.

3. Ubat hospital memang tak tinggal. Menipu lah jugak.Hihi. ambil la sekali sehari.atau berselang hari. Tapi lebih kerap lah berbanding dulu.

4. Minum Qaseh Adinda dan sole setiap hari. Adinda ni memang tini ambil dua kali sehari la. pagi dan malam sebelum tidur. Memang niatnya untuk kembalikan semula bacaan Hb supaya normal dan tak perlu bertanda merah lagi.

Hari ni tini nak share bacaan Hb tini yang dah kembali normal ni. 




Alhamdulillah, syukur sangat2 bacaan Hb dah kembali normal. Seronok dan teruja. Berjaya jugak tini konsisten dgn adinda setiap hari untuk memastikan bacaan Hb tini normal.

Untuk kawan2 yang menghadapi masalah yang dama ngan tini..kenapa tak nak cuba ikhtiarkan dengan qaseh adinda kan..insyaAllah hb anda akan kembali cantik..

Sehingga ketemu lagi akan datang.Jangam lupa hubungi tini untuk dapatkan qaseh adinda.

PENGEDAR QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
014 2907448- sms/ whatsapp



Ahad, 7 Ogos 2016

TIPS ANAK-ANAK CERDAS DENGAN QASEH JUNIOR

Assalamualaikum dan selamat pagi. Jam di dinding dah menginjak ke pukul 4.00 pagi. Mata saya pun dah mula melayu ni. Tapi teringat seorang sahabat saya pagi tadi yang bersungguh bercerita tentang anaknya yang makin improved dalam pelajaran sejak berqaseh Junior. Alhamdulillah..

Petang tadi, sahabat saya datang ke rumah. Nak restok junior katanya. " ada stok junior ke kak?" Saya senyum dan jawab, "mestilah ada stok. Junior sentiasa di hati."

"Kak, hakim ni sejak amalkan junior saya perasan bila balik school dia mesti dia menyebut balik apa yang cikgu dia ajar. Dulu tak de pun macam ni. Mungkin dah cepat menghafal kut dia sekarang ni.Alhamdulillah, junior ni memang bagus kak untuk budak-budak kan?"

"Ya, k tini pun rasa gitu jugak. Sebab Azra ni dah boleh mengira dengan betul 1-10 dalam dua minggu je. Umur dia setahun lapan bulan memang dah boleh mengira. Sepupu dia yang empat tahun pun asyik salah lagi mengira.Hihi. Ya lah, junior ni asbab je kan. Tapi tak mustahil jugak sebab junior ni kaya dengan makanan sunnah yang bagus untuk otak anak-anak."

Itu antara perbualan kami siang tadi yang saya ingat. Tapi memang feedback dari kawan-kawan yang amalkan Qaseh Junior untuk anak-anak ni selalunya positif. Anak rajin solat, anak rajin ke sekolah, anak mudah membaca. Tapi bila fikir-fikir balik, Junior ni bukan ajaib pun. Hihi. Jom kita selidik sikit kandungan Qaseh Junior yang membantu perkembangan minda anak-anak kita






KANDUNGAN QASEH JUNIOR UNTUK PERKEMBANGAN MINDA ANAK-ANAK

Bagaimana Bayam menjadi pilihan yang baik untuk anak-anak
Bayam sangat kaya dengan sumber vitamin terutamanya vitamin K yang akan membantu penyerapan Kalsium dengan lebih baik.

Selain itu, bayam juga membekalkan zat besi yang membantu dalam pembinaan sel darah merah. Pembentukan sel darah merah adalah penting kerana sel darah merah adalah medium yang akan mengangkut Oksigen ke seluruh badan. Pentingnya bayam ni kepada anak-anak kita kerana pengangkutan Oksigen yang cekap ke otak akan menghasilkan anak-anak yang cergas dan cerdas. Patut la minum Junior, anak2 jadi mudah menghafal.

Pegaga Menambah Nilai Untuk Junior

Pegaga sudah diakui kehebatan nya dari segi kesihatan kita. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Saya memang selalu mendapat feedback positif dari ibu-ibu yang mengamalkan Qaseh Junior untuk anak-anak mereka. Anak-anak mereka menjadi lebih bersemanagt untuk ke sekolah dan yang paling ketara anak-anak mereka suka belajar dan mudah menghafal.

Pilihlah Badam untuk anak-anak

Badam rupanya adalah makanan yang sangat baik dan mempunyai 1001 kebaikan sama ada kepada orang tua, dewasa apatah lagi kepada kanak-kanak.Kandungan protein dalam badam adalah 20 kali ganda lebih banyak dari protein yang ada dalam bijirin lain. Selain memberi tenaga tambahan, badam juga sangat membantu dalam proses tumbesaran anak-anak dan membantu perkembangan otak kanak-kanak supaya lebih bijak. Kita selalu dengar perkembangan tulang dipengaruhi kalsium dan fosforus. Tahukah anda yang badam mengandungi kalsium dan fosforus yang tinggi jika dibandingkan dengan elemen susu dan keju. Anak-anak yang amal Junior akan mendapat khasiat dari kalsium dan fosforus ni.

PENDAPAT SAYA...

Bagi tini sendiri, bukan lah Junior ini terlalu hebat, tetapi tini yakin dengan 16 ramuan istimewa yang ada dalam sebotol Junior. Kandunagnnya menjadikan anak-anak kita lebih sihat dari segi fizikal, emosi dan mental. Kesihatan yang baik dari semua aspek ini yang menjadikan anak-anak kita lebih fokus dalam kelas dan seterusnya lebih mudah mengingati apa yang diajar. 

Saya yakin semua anak mempunyai potensi dan peluang yang sama. Jika bukan dari segi akademik, mesti ada satu potensi diri yang ada pada anak-anak kita yang menjadi asbab untuk mereka berjaya. Pengalaman sebagai cikgu menjadikan saya pemerhati yang tak bertauliah. Memerhati potensi dan mengembangkannya untuk membantu pelajar berjaya. 

Untuk anda yang ingin memastikan kesihatan anak-anak mencapai optimum dari segi fizikal, emosi dan mental tini syorkan untuk mengamalkan Junior secara serius dan konsisten.

Nak dapatkan junior? Boleh hubungi tini dan kami sediakan khidmat konsultasi secara percuma.

KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut
014 2907448 - sms/whatsapp