Sabtu, 30 Julai 2016

GASTRIK DAN PENYELESAIANNYA DENGAN QASEH GOLD

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Isu yang tini ingin kongsikan pagi ni ialah gastrik. Satu penyakit yang  semakin berleluasa sekarang. Tini akan mengupas apa yang dimaksudkan dengan penyakit gastrik dan punca-puncanya. Akhir sekali perlunya penambahbaikan gaya hidup untuk mengatasi masalah gastrik.





APA ITU GASTRIK

Sakit gastrik dikatakan sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Bahkan mengikut istilah perubatan, gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Tindak balas kimia yang berlaku dalam perut boleh mnyebabkan keradangan ini berlaku. Hakisan daripada asid yang berada dalam perut menyebabkan rasa sakit yang tidak terkawal.











SIMPTOM GASTRIK

1. Sakit di ulu hati
2. Perut kerap kembung
3. Sendawa dengan kerap
4. Loya dan Muntah
5. Muntah darah atau najis berubah warna hitam


PUNCA GASTRIK

1. Amalan pengambilan makanan yang tidak teratur setiap hari. Sebagai contoh, masa makan untuk makan pagi, tengah hari dan malam sentiasa tidak teratur dan kadang kala ada sesetengahnya terus skip waktu makan untuk urusan harian mereka.

2. Tabiat merokok yang sangat tegar

3. Suka makan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan, asam, minuman bergas dan sebagainya.

4. Makan makanan yang tersangat pedas

5. Makan makanan yang bercuka atau berasid(sangat kuat rasa masam)


MERAWAT GASTRIK

1. Tetapkan waktu makan agar sentiasa teratur walaupun makanan yang diambil dalam kuantiti kecil akibat kesibukan

2. Minum air suam selepas makan dan pastikan minum selepas makan dan bukan bersulam makan

3. Elakkan tabiat memakan makanan ringan seperti asam, jeruk, makanan segera dan lain-lain.

4. Elakkan makanan yang terlalu kuat masamnya seperti cuka dan lain-lain


GASTRIK DAN QASEH GOLD

Qaseh Gold diformulasi daripada formulasi makanan sunnah yang sangat kaya dengan kurma. Oleh itu, kurma sangat membantu membekalkan tenaga segera kepada kita kerana saiz zat makanannya yang sudah ringkas.

Oleh itu, jika anda kesuntukan waktu di awal pagi, suapkan tiga sudu jus Qaseh Gold dan ia akan membekalkan tenaga segera kepada badan sebelum breakfast diambil.

tini sertakan testimoni gastrik ye..








PENGEDAR QASEH GOLD JERANTUT
KARTINI BINTI JUSOH
014 2907448

Rabu, 27 Julai 2016

PENGALAMAN HB RENDAH SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah, pagi ni tini diberi kekuatan dan kesempatan untuk berkongsi lagi.
Beberapa hari kebelakangan ni tini perasan sangat tini sangat mudah penat walaupun usia kandungan baru je cecah 24 minggu. Maknanya tini baru hamil 6 bulan kan. Tapi pregnant kali ni buat tini rasa penat sket.

Petang tadi tini ke hospital untuk pemeriksaan rutin ibu mengandung. Tau tak apa hasilnya? Hb tini drop tetiba jadi 10.5!! Sebelum ni ok je la kan, 11 point lebih2 je. Tapi hari ni drop betul. Tini dah mula berdebar bila Hb tetiba drop. Bila nurse check jantung baby, lagi tini terkejut sebab mula-mula tu 178 tau bacaannya. Agak laju juga sebab bacaan sepatutnya hanya 160 ke bawah la. So nurse tu suruh tini cool, relax dan bernafas dengan lebih teratur. Alhamdulillah, lepas tu bacaan kembali normal dengan bacaan 158 je. Alhamdulillah. Tapi jumpa doktor jugak la sebab risau kan kita mudah penat.

Bila dah depan doktor ni, banyak lah yang disoal siasat especially bila doktor perasan Hb tini drop betul. Bila doktor check paru-paru dan jantung( buat jugak la ujian CTG) semua memang cantik dan ok. So doktor buat kesimpulan keadaan tini ni disebabkan Hb yang drop tetiba ni lah. Adoi memang kena bedah siasat betul-betul dengan doktor sebab pelik jugak usia kandungan baru 6 bulan tapi gaya penatnya macam dah nak sampai bulan.Hihi.

Bab pemakanan tini habis disiasat bebetul. Alkisahnya pulak, sejak tini beraya aritu, selera minum kopi dan teh tini memang menjadi-jadi. Setiap kali amik makanan berat mesti tini nak minum kopi dan teh panas. Bukan segelas atau secawan tau, tapi sekole! Terkejut doktor bila tau. Dari segi pengambilan makanan mengikut diet ibu hamil, makanan yang tini ambil setiap hari memang dah membekalkan zat besi yang diperlukan. Tetapi akibat pengambilan kopi dan teh yang terlampau banyak menyebabkan penyerapan zat makanan tu gagal diserap ke dalam darah.

Patut lah Hb tini rendah kan? Kuat sangat minum minuman berkafein. Tak elok untuk ibu hamil. Sebenarnya tini memang amalkan Qaseh Adinda secara konsisten. Sepatutnya Hb tini akan ok bila maintain je minum Adinda ni. Tapi betul kut kata doktor, zat terbaik mana pun yang kita makan, tapi jika diambil dengan air berkafein, pastinya penyerapan zat tersebut akan terhalang dengan kahadiran kafein.
Jadi buat rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama dengan tini jangan risau ye. 
Teruskan dengan amalan makan ubat di samping pengambilan Qaseh Adinda. Yang paling utama, NO CAFEIN dalam hidangan setiap hari!

So mulai esok tini akan stopkan dulu semua minuman berkafein ni dan teruskan dengan ubat dan Qaseh Adinda untuk mengembalikan bacaan Hb yang cantik. InsyaAllah, pray for me ye kawan-kawan.

Untuk anda yang ingin berikhtiar mencantikkan bacaan Hb, jom pm tini untuk dapatkan Qaseh Adinda anda. Tini sertakan testimoni untuk panduan bersama ye





Tapi, elakkan minuman berkafein ye sepanjang mengamalkna Qaseh Adinda. Tini tak nak pengalaman tini arini akan turut dirasai oleh ibu2 yang hamil lain tau. Ok, cukup dulu untuk hari ini. 

Untuk mendapatkan Qaseh, sila hubungi tini seperti di bawah ye.

KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut,
014 2907448 (fon/whatsapp)
myself140383@yahoo.com

atau kunjungi facebook tini ye..https://www.facebook.com/tini.kartini.140



Isnin, 25 Julai 2016

QASEH GOLD DAN URUSAN POS HARI INI

Alhamdulillah, minggu lepas agak sibuk dengan urusan pengeposan sendiri produk Qaseh untuk rania dan order kawan-kawan customer. Biarpun penat sedikit sebab terpaksa berkejar ke pejabat pos bila balik dari sekolah, tapi ada perasaan puas sebab dapat pos sendiri barang kawan-kawan.

Sebelum ni bukan main relax je tini. Dapat je order terus pass kat stokis. Jadi dia akan tolong poskan untuk tini. Tapi sejak dah buat sticker nama sendiri untuk branding tini, bersemangat nak pos semua barang customer tau. Hihi. Nanti tini share sticker tu ye. So kalau kawan-kawan nak order qaseh gold lepas ni, memang tini akan sertakan nama tini yang tini lekatkan pada botol qaseh. rasa cam eksklusif gitu. Hihi. Bersemangat nak berniaga.

Petang tadi lepas sekolah, cam biasa berkejar ke pejabat pos Jerantut. Allahu Akbar, ramainya manusia sedang tunggu giliran. Nasib baik ada kerusi untuk mak Buyong ni duduk. Alhamdulillah, Lepas pos qaseh-qaseh dan cheese powder, lebih kurang kul 4.10 petang dah masa tu. Baru lah tini berkejar amik anak kat pengasuh. Syukur juga sebab Allah permudahkan urusan tini hari ini.

Untuk kawan-kawan yang dah order, jangan risau pos akan disegerakan. InsyaAllah dalam tempoh tiga hari bekerja barang akan selamat sampai.

Sambil menyelam minum air ni, tini nak share sikit testimoni seorang kawan yang berkongsi testimoni nya dengan kami. Testimoni tentang pengalaman seorang ibu yang hamil anak kedua. Ini antara manfaat qaseh yang seorang ibu hamil kongsikan.


Seronok kan bila Hb dah cantik, tak yah la dengar misi-misi membebel.

Oh ye, tini nak share jugaklah sticker nama yang tini sebut kat atas tadi. Kalau kawan-kawan nak jugak sticker cam ni, tini boleh tolong orderkan ye. Tapi kos penghantaran kawan-kawan kena tambahlah ye.


cantik tak?


Ni pulak antara barang-barang yang customer order. Ada yang nak cheese powder. Ada yang nak qaseh gold. Ada yang nak qaseh gold dan cheese powder. Alhamdulillah, ni sedikit rezeki tini. Kawan-kawan yang dah lama biz online mesti lagi gempak ordernya kan? 








Oh ye, kalau kawan-kaan nak order Qaseh gold atau Cheese powder, jangan segan untuk hubungi tini ye. Oh ye, yang nak cuba cheese powder, boleh tengok gambar promo kat bawah ye.



menyelerakan tak? hihi




Hubungi tini untuk Qaseh Gold dan Cheese powder anda ye.
KARTINI JUSOH
PENGEDAR QASEH GOLD JERANTUT
014 2907448




Khamis, 14 Julai 2016

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri untuk semua.

Apa khabar pembaca budiman? Dah hampir dua minggu aidilfitri berlalu. Tini pun baru berkesempatan menulis lagi. Jom kita share warna-warni Adilfitri 2016. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan bersama kita.

Pertama kali sepanjang tiga tahun berkahwin kami beraya tanpa suami sebab encik suami tak dapat cuti. Alhamdulillah, family pun very supportive. Walaupun badan sentiasa penat sebab kandungan tini dah nak masuk enam bulan tapi keluarga banyak membantu menguruskan anak dara yang sorang ni.Betullah kata orang, susah senang memang dengan keluarga. Orang luar mungkin boleh bersimpati je.

So sepanjang cuti hari raya ni, memang kakak-kakak ipar lah yang uruskan rumah. Tini nak melayan anak sorang pun tak larat. Cuma sarapan pagi je tini larat buat sebab masa pagi je bertenaga sikit.Hihi. Time lain, badan memang terjelepek la jawabnya.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni memang tini berjaya puasa penuh. Walaupun kekadang tu nak sampai ke waktu berbuka tu badan punya lah lembik sangat kan. Tapi syukur lah cukup hari puasa tahun ni..:)

Jom kawan-kawan kita share gambar-gambar kenangan kita bersama-sama sepanjang Raya kali ni. Kita abadikan bersama-sama. Kalau ada kawan-kawan yang nak share story, tini alu-alukan ok. Mana yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.












r


PENGEDAR QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
014 2907448