Selasa, 15 Mac 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN SEKOLAH- SMKSR NO 1

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Subhanallah, lamanya tak berkesempatan berkongsi cerita di blog sendiri. Alhamdulillah, dipertemukan kita lagi malam ni. Malam ni tini nak kongsikan kisah kehebatan anak-anak didik saya di sekolah sempena Hari Sukan Sekolah.

SUkan Tahunan Sekolah Menengah Sg Retang pada tahun ni jatuh pada hari Khamis dan Jumaat. Pastinya kemuncak kejohanan sukan sekolah pada hari Jumaat. Menurut kata PK-KO sekolah saya, tahun ni sukan sekolah kita buat kecil-kecilan je sebab peruntukan untuk pendidikan dah terpotong.
Jadi, kami bersukan dengan ala kadarnya sahaja lah.

Alhamdulillah, 24 Feb 2016 acara sukan sekolah bermula. Kalau bab sukan ni memang laju je bebudak ni. Hampir semua pelajar datang ke sekolah. Yang lama dah tak datang pun tetiba je boleh datang tau. 
Seronok agaknya bersukan sampai dalam panas terik pun sanggup lagi menunggu dan memberi sokongan pada kawan-kawan yang terlibat dalam pelbagai acara.

Macam biasa lah selesai sahaja acara sukan tara pada hari Rabu, kemuncak hari Sukan ialah pada hari Jumaat. Permulaan hari untuk majlis penutup ialah acara perbarisan dari kontijen rumah sukan. Kreatif-kreatif betul pelajar dan guru yang terlibat. Nanti kita layan gambar ye. Yang bestnya siap ada motor tayar tiga lagi. Hihi.

Selepas acara perbarisan, semua acara akhir mula dipertandingkan dan majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Sebaik sahaja Johan rumah sukan diumumkan, serta olahragawan dan olahragawati diumumkan semua pelajar diarahkan untuk membersihkan kawasan padang sekolah sebelum pelajar bersurai.

Jom kita tengok gambar-gambar pulak ye.







Line tenet yg macam siput ni ambil masa la nak download gambar.tapi insyaAllah, lain kali kita upload lagi..