Jumaat, 2 September 2016

POSISI TIDUR WANITA HAMIL YANG BUAT ANDA LEBIH SELESA

Apabila memasuki trimester ketiga ni, tini perasan perut yang makin membesar menyukarkan tini untuk tidur dengan selesa. Kadang-kadang terjaga di tengah malam sebab rasa penat pada perut.

Tini share kan satu hadis Rasulullah berkaitan posisi tidur mengikut Islam.


Dalam sebuah HadisRasulullah yang bermaksud:

"Al-Barra bin Azib RA berkata; Adalah Rasulullah S.A.W jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: (Maksudnya); "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan."

Menurut Dr. Zubaidi, seorang ibu hamil yang menghadapi masalah tidur boleh tidur secara mengiring ke kanan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah seperti hadis di atas. Keadaan tidur seperti di atas menumpukan berat bayi secara mengiring tanpa mengganggu sistem dalaman bayi.

Bayangkan jika kita tidur dalam keadaan terlentang, dan letakkan bungkusan gula 1kg - 2kg pada bahagian perut kita. Boleh bayangkan tak bagaimana rasanya? Berat gula akan menekan perut kita sehingga menyukarkan kita untuk bernafas. Keadaan yang sama juga berlaku jika kita hamil dan tidur secara terlentang. Posisi tidur ini boleh mendatangkan risiko kepada bayi kerana boleh mengganggu sistem pernafasan dan penghantaran nutrien kepada bayi.

Selain tidur secara mengiring ke kanan, ibu boleh meletakkan bantal pada bahagian belakang atau di bahagian bawah perut sekiranya kerap sakit pada bahagian pinggang dan belakang.

Untuk lebih selesa, semasa berbaring secara mengiring kita boleh bengkokkan kaki dan meletakkan bantal di celah peha kita. Sebaiknya elakkan kaki kiri menindih kaki kanan. Sebaliknya rehatkan kaki kiri anda pada kaki suami atas di atas bantal lain.

Berdasarkan satu kajian, Dr Zubaidi menjelaskan bahawa risiko kematian bayi dalam kandungan adalah rendah bagi ibu yang mengamalkan tidur secara mengiring.




Tidur yang lebih selesa jika perut semakin membesar..

Adalah lebih bermakna jika sebelum tidur, anda dan suami berbual-bual ringan dengan bayi untuk membiasakan suara anda dengan bayi. Pasti isteri lebih seronok dan bertambah selesa.

Akhir sekali, tini ucapkan selamat mencuba posisi tidur yang lebih selesa untuk anda dan bayi anda.

Bagaimana pun, jika nada berdepan dengan masalah kesihatan sepanjang kehamilan, boleh hubungi tini untuk mendapatkan set kehamilan Qaseh Gold terutamanya untuk ibu-ibu hamil yang telah memasuki trimester ketiga. Pastikan bekalan nutrien mencukupi untuk bayi kita ye.





Penghantaran Qaseh Gold secara pos dilakukan setiap hari ke seluruh Malaysia. Jika anda adalah customer tini, jangan segan untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan sepanjang mengamalkan Qaseh Gold anda.

Salam Qaseh sayang dari tini, 

KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut
014 2907448










Tiada ulasan:

Catat Ulasan