Rabu, 17 Ogos 2016

TIPS ANAK GENIUS DARIPADA DATUK DR. FADZILAH KAMSAH

Anak-anak adalah penawar buat ibu bapa. Dalam setiap tindakan kita, dalam setiap urusan kita seringkali urusan anak yang akan didahulukan. Sebagai ibu bapa kita sering mengharapkan anak-anak menjadi anak yang sihat, pintar bahkan genius dalam menghadapi kehidupan harian mereka.

Bila dah jadi ibu ni, Tini faham bagaimana mak kita dulu melayan kita. Semua inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Tanpa kita sedar, anak-anak kita memang memiliki potensi dan kebolehan tersendiri. Maka terpulang kepada ibu bapa untuk mencungkil potensi anak-anak agar mereka menjadi lebih baik dan menyerlahkan potensi mereka sebaik mungkin. 

Hari ni Tini nak komgsikan Tips daripada Datuk Dr Fadzilah Kamsah untuk menjadikan anak kita genius. Tips penting untuk Tini juga sebagai panduan dalam mendidik anak-anak.

TIPS ANAK GENIUS

1. DOA IBU BAPA
Setiap urusan kita untuk anak-anak perlu sentiasa diiring dengan doa. Kerana itu, dalam Islam setiap perbuatan kita didahulkan dengan doa. Pentingnya doa daripada ibu bapa kerana doa ibu bapa adalah paling mustajab untuk anak-anak. Nak anak soleh, nak anak genius, nak anak pintar dan berkebolehan, pohonlah terus kepada Allah. Doa yang sungguh-sungguh pastinya dimakbulkan Allah.

2. DIDIK DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
Kita sedar tentang kesibukan ibu bapa sekarang. Kadang-kadang pagi lagi dah keluar mencari rezeki dan malam pula baru nampak batang hidung. Bagaimana dengan anak-anak?
Sedangkan ibu bapa adalah orang paling penting dalam usia kecil mereka untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri mereka. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya mempunyai kualiti masa yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan. Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak ini yang boleh menjadikan anak-anak kita genius dalam bidang tertentu.

3. TERIMA ANAK SEADANYA
Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potenasi anak-anak agar potensi tersebut dikembangkan secara optimum. Mungkin ada anak kita yang cenderung untuk berdikari, bebas dan melakukan aktiviti lebih lasak. Namun, jika ada anak kita yang memang terlalu gemar memasak, maka bantu mereka untuk mengembangkan potensi memasaka mereka sehingga menjadi tukang masak@ chef yang hebat.

4. SEDIAKAN SUASANA MERANGSANG

Suasana dan persekitaran boleh merangsang perkembangan minda anak-anak. Sama ada suasana dari segi cara susun atur perabot rumah, pemilihan warna rumah atau pergaulan anak-aak di dalam rumah. Contohnya warna dinding untuk bilik tidur dan bilik belajar adalah berbeza untuk melahirkan mood yang berbeza.

5. MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG SERTA GAYA HIDUP YANG SIHAT

Makanan seimbang bermaksud makanan yang memenuhi 7 kelas makanan mengikut susunan piramid makanan. Selain itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat bermaksud  aktiviti harian yang dilakukan setiap hari adalah aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, makan makanan berkhasiat serta bersosial dengan baik bersama jiran tetangga dan rakan-rakan.

Jika anak-anak anda adalah terlalu memilih makanan, adalah lebih baik jika keperluan nutrien mereka ditambah dengan mengamalkan makanan tambahan yang banyak terdapat dalam pasaran. Jika anda percaya dengan makanan sunah, maka Qaseh Gold adalah pilihan terbaik untuk anak-anak anda.





Untuk mendapatkan set pintar Qaseh Gold, iaitu Qaseh Junior dan homopati IGE boleh hubungi tini seperti di bawah,


KARTINI BINTI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold Jerantut
014 2907448

Tiada ulasan:

Catat Ulasan