Ahad, 14 Ogos 2016

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAKANDA

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Salam berqaseh untuk sahabta-sahabat pembaca ye.

OGOS.. Sebenarnya bulan yang membawa kenangan manis buat tini dan suami. Bulan ini anak pertama kami lahir dengan selamat dan sihat tanpa sebarang masalah.

Dua tahun lepas, malam 8 OGOS 2014 perut tini dah mula sakit-sakit. Jalan dah terbuka. Tapi ikut pengalaman nurse-nurse kat situ, orang beranak sulung ni biasanya akan lambat sikit terbuka jalannnya. OK, jadi saya pun tak lah nak bising-bising sangat. Sakit tu Allah je yang tahu. Ditambah pula kita ni tak ada pengalaman langsung. Siap call kakak tanya macam mana nak kurangkan rasa sakit tu. Pesan kakak, tidur tu jangan lurus je. Tapi kena mengiring dan angkat lutut ke atas sikit. Tapi masa sakit tu tini tidur je macam-macam cara sampai jumpa posisi yang selesa sikit. Huhu. Sakit..

Alhamdulillah, pagi esoknya pukul 11.08 min pagi Azra selamat dilahirkan secara normal. Tapi berlaku tumpah darah jugak selepas kelahiran tu sampai doktor tak bagi tini keluar dari bilik tu untuk pemantauan. Tapi memang terasa la darah laju je mengalir. So masa tunggu nak dijahit tu, doktor-doktor dan nurse sibuk juga nak tulis report kan. Ye la sebab tini tumpah darah, report nak kena details.

Alhamdulillah, lepas tunggu beberapa jam kat dalam bilik tu tini dibenarkan keluar ke wad biasa. Sedihnya bila keluar tengok family semua dah datang. Kakak, ayah, anak-anak buah semua dah ada. Malam pertama jadi ibu, tini ditemani anak buah, Munirah. Masa kali pertama tini bangun utnuk mandi selepas seharian bergelumang dengan darah tu, tiba-tiba tini jadi pitam. Nasib baik anak saudara sempat sambut. Pitam sikit mungkin sebab darah dah banyak turun kan. Malam tu berlalu dengan sangat lambat rasanya. Azra yang berada kat sebelah tini pula terkebil-kebil je tak tidur. Tapi dia tak nangis pun. Mungkin faham umi dia memang lemah sangat.

Alhamdulillah, esoknya tini dah boleh discharge sebab Azra dah kencing dan berak dengan baik. Lepas tu, kami balik ke Besut untuk berpantang. 9 Ogos adalah tarikh yang akan tini ingat sebab itu pengalaman pertama bergelar ibu. Masih terbayang-bayang peritnya melahirkan. Tapi bila dah peluk anak sendiri, tenang je rasa.

Mungkin kawan-kawan ada pengalaman tersendiri melahirkan zuriat pertama. Boleh lah kita kongsi di sini ye. Tahun ini, genap dua tahun Azra dilahirkan ke dunia. Memang benar semua telatah, rajuk, tawa dan manjanya menjadi penawar kita. Agaknya itu juga perasaan mak-mak kita kan bila dah dapat kita.

Semoga Azra akan membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah untuk umi dan abah.


Pengedar Sah Qaseh Gold Jerantut
014 2907448

Tiada ulasan:

Catat Ulasan