Isnin, 8 Ogos 2016

Pengalaman HB rendah semasa kehamilan kedua..(11)

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Malam ni tak sabar nak menulis semula. Maklumlah petang tadi check up kat spital..Tak sabar nak sambung cerita tentang HB tini yang bermasalah dua minggu lepas.




Selepas dua minggu dari tarikh temujanji lepas, tini sekali lagi check up kat Hospital Jerantut bahagian ibu & anak. Semata-mata sebab Hb tini yang rendah dan jatuh mendadak dua minggu lepas, 27/7/2016.Sila baca siri I..Hihi..

http://qaseh83.blogspot.my/2016/07/pengalaman-hb-rendah-semasa-hamil.html

Jadi petang tadi selepas check up urine tu. tiba masa untuk check Hb pulak. Berdebar-debar jugak hati ni. Tapi sebelum gi hospital tu tini dah telan 3 sudu Qaseh Adinda dah. Pastu minum air kosong banyak-banyak. Jeng..jeng.. berdebar wei tunggu mesin tu tunjukkan bacaan Hb. Kih..kih. Pastu masa duk berdebar tunggu result tu, boleh plak 'Sister' masuk dan duduk kat tempat jururawat yang check tini. Pastu duk komplen sana sini pasal tak tulis tarikh la, berleter kat jururawat kat kaunter malas la..ish..macam-macam ragam manusia ni. Tini diam je lah kan. Tapi mata ni memang tak lepas pandang dengan jururawat yang setia di sisi mesin bacaan Hb tini.Haha..

Tiba-tiba Kak Wa, panggilan tuk jururawat yang ambil bacaan Hb tini pun jerit. Ok tini..11.4 ok. Tini pandang dia macam tak caya. "Ye ke? Berapa?"
"11.4 la. bagus dah tu." Kak Wa sengih je. Macam tau je betapa berdebarnya daku. 

Alhamdulillah, dua minggu lepas bacaannya 10.5 sampai misi tu guna pen dakwat merah tanda tini di bawah pemerhatian. Tapi hari ni kembali ke dakwat biru sebab dah lepas 11 bacaannya. Lega sangat dah. 


CARA MENGATASI HB RENDAH
APA YANG TINI BUAT YE DALAM DUA MINGGU NI???

1. Tini memang ambil diet atau makanan ikut keperluan piramid makanan tu lah. Cuma tini ni tak bol;eh makan nasi banyak. Tini banyak makan sayur dan lauk je sebab perut mudah sangat rasa kenyang.

2. Air minuman, tini dah tak sentuh teh, kopi dan minuman berkafein. Pantang sikit lah, tapi ada masa jugak curi-curi minum jugak tapi bukan selepas waktu makan nasi atau sebelum dan selepas ambil ubat. Biasanya petang la tini curi minum setengah gelas teh o panas atau teh panas.
Yang lain, tini banyakkan air suam, air kosong dan jus yang masam-masam.

3. Ubat hospital memang tak tinggal. Menipu lah jugak.Hihi. ambil la sekali sehari.atau berselang hari. Tapi lebih kerap lah berbanding dulu.

4. Minum Qaseh Adinda dan sole setiap hari. Adinda ni memang tini ambil dua kali sehari la. pagi dan malam sebelum tidur. Memang niatnya untuk kembalikan semula bacaan Hb supaya normal dan tak perlu bertanda merah lagi.

Hari ni tini nak share bacaan Hb tini yang dah kembali normal ni. 




Alhamdulillah, syukur sangat2 bacaan Hb dah kembali normal. Seronok dan teruja. Berjaya jugak tini konsisten dgn adinda setiap hari untuk memastikan bacaan Hb tini normal.

Untuk kawan2 yang menghadapi masalah yang dama ngan tini..kenapa tak nak cuba ikhtiarkan dengan qaseh adinda kan..insyaAllah hb anda akan kembali cantik..

Sehingga ketemu lagi akan datang.Jangam lupa hubungi tini untuk dapatkan qaseh adinda.

PENGEDAR QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
014 2907448- sms/ whatsapp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan