Isnin, 30 November 2015

INDAHNYA BERQASEH

Alhamdulillah, malam ni Allah izinkan saya kembali menulis. Kesibukan dengan tugasan harian di hujung tahun membantutkan masa saya untuk menulis. Seronok kembali menarikan tangan di atas keyboard.

Malam ni saya hanya ingin berkongsi kisah. Kisah tentang indahnya berQaseh. Bulan lepas, saya mengenali seorang customer dari page Ummi tiniey's shop. Katanya terlihat iklan tentang Qaseh sebelum ni dan berminat nak mencuba untuk anak-anaknya.

Saya sambut dengan baik. Bahkan saya yakin mungkin ini jalan terbaik yang Allah pilih untuk saya. Mungkin rezeki akan datang kan. Alhamdulillah, urusan jual beli berlangsung dengan baik. Bahkan customer tini ni seorang yang sangat humble.

Dalam indahnya kekalutan closing masa tu, saya mula menghantar order customer tini ni kepada stokis saya untuk urusan penyediaan produk dan pengeposan. Tapi tak tahu macam mana mata saya ni terkhilaf apabila alamat rumah beliau tertukar dari 14/10 menjadi 41/10. Biasanya kalausaya menggunakan khidmat poslaju sehari pun barang dah sampai. Contohnya hari ni pos, komfem esok barang dah sampai.

Alkisahnya barang customer saya ni dah berhari-hari tak sampai. So saya komfemkan alamat rumah dengannya.Katanya alamat dah betul. Saya dah mula gelisah. Tak pernah lagi sejak berqaseh ni jadi macam ni. Dulu masa jual kosmetik Kayla memang pernah juga berlaku.Tapi sebab customer tak de kat rumah dan posmen sendiri yang call sebab tak de orang nak ambil barang. Huhu. dalam hati ni berdebar sangat.

Alhamdulillah, pagi esoknya customer saya beritahu baru perasan no rumah yang salah. Bukan 41/10 tetapi 14/10..Hoho, berusaha lah saya menelefon pejabat pos Batu Caves beberapa kali. Alhamdulillah, selepas setengah jam mencuba baru lah kakitangannya mengangkat telefon. Selepas penukaran alamat, baru lah saya lega. Syukur juga semasa saya meminta maaf kerana kesilapan saya tu, customer saya ni sangat cool dan baik hati. Yang bestnya very soft spoken.

Syukur, esoknya Qaseh selamat sampai kepada customer saya ni. Terlalu banyak yang Allah ingin saya belajar dari pengalaman ini. Walaupun dihimpit masalah, namun saya yakin ukhwah yang terbina antara saya dengan customer ni menjadi lebih harum dengan kesantunan dan pekerti antara kedua-dua pihak. Saya masih teringat dengan bicara lembutnya, semua orang buat silap kak, tak pe.Syukur sangat, inilah antara keindahan yang saya dapat dengan berqaseh.

Biarpun masa berlalu ukhwah kami makin utuh apabila pada bulan November ni jugak, beliau membuat keputusan untuk sama-sama berqaseh dengan team kami yang sangat hebat. Satu keputusan yang saya sangat alukan dengan tangan dan hati terbuka. Welcome dear, jom sama-sama berqaseh dan sebarkan manfaat berqaseh kepada semua.

Ini gambar insan yang saya ceritakan tadi. Sabina Habib



Yang sedang mencari-cari suplement kenapa tidak mencuba Qaseh? Formulasi makanan sunnah dengan 7 jenis makanan sunnah yang hebat. Jom hubungi tini untuk setiap masalah yang dihadapi kerana sesungguhnya berqaseh itu indah. Kita yang menyantuni setiap ukhwah ini.

Salam berqaseh untuk semua.

KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660 (SMS/WHATS APP/ CALL)

Isnin, 9 November 2015

TAMBAH ILMU MAKANAN SUNNAH DI HQ ANA EDAR

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Lamanya tak menaip dan bercerita.Harini cukup tujuh hari saya membiarkan sawang di blog. Kesian cinta hati saya ni. Pagi ni tini nak up pengalaman tini ke HQ Ana Edar buat kali pertama. Cinta dan qaseh untuk makanan sunnah ni buat tini sanggup ke HQ Ana Edar untuk menambahkan ilmu.

Kami bertolak dari Jerantut pukul 7.00 pagi, tu pun ingatkan dah lambat sangat. Maklumlah kali pertama nak ke HQ Ana Edar, tempat yang tak pernah kami sampai. Pagi tu sempat lagi goreng mee untuk breakfast kami bertiga. Pastinya berperisakan garam kristal Ana Edar. So breakfast awal pagi lagi dalam pukul 6.30 pagi. Lepas tu, tini mandikan Azra dan siapkan keperluan anak untuk dibawa. Kul 7.00 pagi kami mula turun dari rumah. Dalam hati berdoa juga supaya perjalanan kami dimudahkan.

Pukul 9.00 pagi kami masih berpusing-pusing mencari jalan ke HQ. Ikutkan GPS tu bukan main lagi tunjuk anak panah dekat je tapi asyik berulang ke jalan sama je. So saya call boss saya, Siti Nor Aisyah untuk dapatkan lokasi sebenar HQ.Alhamdulillah selepas berpusing-pusing tu kami selamat sampai ke HQ dalam pukl 9.20 pagi. Rupanya melalui jalan yang sama kami lalu tadi je.Huhu.

Alhamdulillah, walaupun sampai sedikit lewat tapi syukur terlalu banyak ilmu yang dikongsikan bersama. Perkara paling penting ialah sebagai seorang konsultan bagi produk Qaseh, setiap rania bertanggungjawab untuk mendalami ilmu makanan sunnah ni.Ilmu ni lah yang penting sangat untuk kita dalami dan sebarkan kepada umum. Bukan satu perkara mudah selepas menggalas tanggungjawab sebagai rania. 

Kami bermula dengan melihat kepada kebaikan yang ada pada setiap makanan sunnah yang terkandung dalam Qaseh Gold. Kurma dan madu sebagai ramuan utama memberi terlalu banyak kebaikan sampaikan tini sendiri rasa alahai ruginya kalau tak amal dengan konsisten qaseh-qaseh ni. Mampu tak kita makan kurma dan madu secara konsisten setiap hari? Tapi hanya dengan sebotol Qaseh, khasiat madu dan kurma akan diperolehi dengan optimum. 

Kami juga diingatkan bahawa Qaseh Gold bukan makanan sunnah. Tetapi Qaseh adalah formulasi makanan sunnah yang mampu memberi khasiat dari makanan sunnah itu sendiri. Qaseh juga bukan ubat! Qaseh adalah makanan tambahan yang mencukupkan keperluan nutrien kita sehingga mampu mengatasi dan merawat pelbagai masalah dan gangguan dalam sistem tubuh kita.

Puan Hasniza selaku Pengarah Eksekutif dan Penasihat Kesihatan kepada Qaseh Gold atau lebih tepat isteri kepada pemilik Syarikat Ana Edar adalah speaker pada hari tersebut. Saya sangat kagum dengan wanita kecil molek tetapi gagah dan yakin keperluan Qaseh Gold kepada umum. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk menyebarkan kebaikan Qaseh kepada umum.



Dari khasiat semua makanan sunnah, kami beralih ke produk Qaseh Gold yang lebih spesifik. Masa ni Azra saya dah duduk tak diam. Mana yang sempat salin saya salin. Tapi tu lah banyak benda yang tak sempat sebenarnya.Asyik berkejar dengan Azra. Kejap gi usik anka orang. Kacau baby yang sedang tidur. Adoi aktif betul anak junior saya. Mujur lah pihak pengurusan memberikan ruang kepada anak-anak  kami usahawan Qaseh ni bermain-main dan berkawan.

Majlis ilmu ini tamat pada pukul 1.30 tengah hari. Terasa tak pausnya berbual dengan rakan-rakan niaga Qaseh dan bertukar-tukar cerita tentang kebaikan Qaseh kepada keluarga masing-masing. Memang majlis ilmu ini bukan sahaja menambahkna ilmu saya sebagai usahawan Qaseh tetapi melahirkan rasa kagum dengan syarikat bumiputera yang bersungguh-sungguh mengangkat makanan sunnah sebagai produk kesihatan terbaik.

Tini sertakan gambar-gambar sepanjang kami di sini ye. Bukan mudah nak sampai ke HQ dari Jerantut tau. Hihi.

Oh ye, entry akan datang tini akan sediakan pakej menarik utnuk anda yang berminat menjadi rakan niaga saya. Ayuh kita sebarkan kebaikan Qaseh kepada semua tau.


KARTINI JUSOH
KONSULTAN
QASEH GOLD JERANTUT
0139924660

Selasa, 3 November 2015

RESIPI MASAK IKAN SALAI DENGAN TEMPOYAK

Ok, malam ni tini nak share satu resipi yang tini belajar dengan orang Jerantut ni. Sejak duk Pahang ni, memang pandai lah saya makan tempoyak. Ikan salai pun dah makan sekarang ni. So malam ni tini nak share lah satu resipi yang tini belajar dari Pahang. Resipi masak lemak ikan salai, erm..sedap tau.

RESIPI UNTUK MASAK LEMAK TEMPOYAK

1.Ikan salai
2. kunyit hidup
3. 2 batang serai
4. asam keping
5. daun kunyit
6. garam dan gula secukup rasa
7, bawang dan kuching
8. Bawang dan cili kering.

1. CUCI IKAN SALAI
Mula-mula pastikan ikan salai dibersihkan bersih dan kering. Ikut petua orang lama boleh cuci menggunakan tepung gandum. Salut tepung kepada ikan. Biarkan sekejap dan cuci. Kemudian ambil asam limau nipis dan perah ke dalam air berisi ikan salai tadi. Bersihkan dan toskan ikan yang disalai

2. Tempoyak ikan salai
Kisar bawang, cili api hingga hancur
Tumiskan bahan kisar  sehingga masak dan naik bau

3. Masukkan serai yang ditindik bersama dengan asam keping. Kemudian masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam masak. Tempoyak, Garam dan perisa dah boleh dimasukkan semasa kuah nak menggelegak. Saya pilih garam masakan Ana Edar tau.

4. Masukkan santan dan biarkan sehingga kuah mendidih. Kemudian hirisan daun kunyit ditabur ke dalam periuk.Sedap baunya bila daun kunyit ditabur. Tunggu sekejap dan padamkan api.

Bestnya bila dihidang panas-panas dan dimakan dengan nasi kosong. Wow, boleh ke laut diet kita.Haha..



SELAMAT MENCUBA!!


Isnin, 2 November 2015

RAHSIA NAK KURUS DENGAN SIHAT

Assalamualaikum semua!!
AHH.. saya sudah miss beberapa hari untuk update blog. sibuk dengan kertas-kertas peperiksaan yang perlu disetel segera. Tapi malam ni tini nak share rahsia nak kurus dengan sihat bersama Qaseh.
Beberapa hari ni asyik hujan memanjang. Badan dah rasa lain macam, hobi mengunyah pun bermula. Makan dan makan tanpa puas.Sangat merisaukan saya. So saya bercadang berkongsi rahsia nak kurus dengan sihat yang dicuba sendiri oleh rakan-rakan saya.

RESIPI NAK KURUS

1. Tetapkan matlamat. Berapa kilo yang kita nak turunkan? Terus pandang ke depan tanpa berpaling lagi.

2. bersemangat- sentiasa berfikiran positif dan menguatkan semangat dengan pelbagai cobaan makanan yang sedap-sedap

3. Konsisten hokey- jangan arini je nak makan setengah senduk nasi, esok ko balun 3 senduk nasi semata-mata nak balas dendam,hihi 

4. Jangan malas nak sediakan resipi dan rahsia nak kurus dengan sihat ni ok.

5. Minum air kosong banyak10x

RAHSIA NAK KURUS DENGAN SIHAT

1. sole
2. air kosong
3. lemon

Ni sahaja yang anda perlukan. sediakan 1.5 liter air kosong. Campurkan 5 ml sole ke dalam air tersebut. lepas tu, ambil lemon dan hiris. Masukkan hirisan lemon ke dalam campuran air bersole tadi.

Pastu, sila kurangkan kuantiti nasi yang anda makan. Banyakkan sayur sebagai alternatif untuk memenuhkan pinggan anda. 
Kalau dulu biasa ambil 2 pinggan nasi, kurangkan sehingga jadi setengah pinggan nasi je. Tapi pastikan air bersole yang direndam bersama lemon diminum sebanyak mungkin. At least 3 liter tau.





Please korang, konsisten ok. Amalkan dalam sebulan dan cuba lihat kesannya.




Jom, kita sama-sama cuba ye. Yang paling penting, kesihatan kita terjaga.

Nak tau lagi tentang set kurus Qaseh? Jangan lupa roger tini.
Oh ye, COD Qaseh di sekitar Kuala Krau, Jerantut dan Bandar Pusat.


KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0142907448