Khamis, 29 Oktober 2015

PUNCA BATU KARANG DAN CARA MENGATASINYA

Statistik menunjukkan bahawa penduduk Asia mempunyai kebarangkalian sebanyak 10-20% mempunyai kebarangkalian untuk menghidap batu karang. So, kita kaji apakah punca berlakunya batu karang dan cara mengatasinya.

APA ITU BATU KARANG



Batu karang selalu dijumpai di bahagian atas saluran kencing. Apabila terdapat bahan-bahan asing tertentu yang mempunyai kepekatan yang tinggi, maka ia akan membentuk kristal yang dikenali sebagai batu karang.

PUNCA BATU KARANG

1. Berlaku kepekatan tinggi pada air kencing. Ini berlaku kerana kekurangan cecair dalam badan

2. Jangkitan pada salur kencing yang berulang kali

3. terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang


TANDA, SIMPTOM DAN GEJALA PENYAKIT BATU KARANG

Batu karang di buah pinggang yang kecil tidak menyebabkan kesakitan.  Mungkin boleh dijumpai secara tidak sengaja melalui ujian ultrasound dan sebagainya. 

Batu karang yang kecil mungkin boleh keluar sendiri tanpa merasai kesakitan.Namun ada sesetengah kes, batu yang kecil juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang hingga ke kemaluan. 

Sesetengah pesakit akan merasa sakit pada bahagian testikal atau sepanjang zakar semasa membuang air kecil.

Bagi pesakit batu karang yang agak besar, pesakit akan rasa sentiasa sakit dan jika jangkitan kuman telah berlaku boleh menyebabkan pesakit demam berterusan.

BATU KARANG DAN QASEH GOLD

Qaseh Gold menawarkan Qaseh Kekanda untuk merawat masalah batu karang. Berikut tini sertakan testimoni pesakit batu karang.




Untuk mendapatkan produk Qaseh, boleh hubungi tini seperti di bawah

KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660


Rabu, 28 Oktober 2015

RESIPI AYAM GORENG VERSI AYAM PENYET SARAWAK

Ayam Goreng!! Saya ni suka makan ayam goreng. KFC ialah salah satu favourite ayam saya. Tapi mana mampu nak makan ayam KFC setiap hari. Masa tini di Sarawak, tini biasanya membeli ayam dan makanan basah di kedai seorang auntie Iban ni. Dia memang jual ayam dan produk halal. Siap ada sijil HALAL Jakim lagi. Huish..bukan senang nak duduk di Sarawak, soal halal haram ni tak boleh amibil mudah.

Kalau ke kedai auntie ni memang tak sah la kalau tak duduk melepak lama sikit. Kat kedai auntie ni ada macam-macam katalog tau. Rorine, tupperware, Giacoma dan macam-macam lagi lah..
Boleh la cuci-cuci mata walaupun tak de supermarket kat Marudi tu.

Masa lepak-lepak ngan auntie ni kan, dia ada share satu resipi ayam goreng Crispy yang best tau. Simple dan sangat sedap. Pertama kali try terus jadi tau. Haha. Tapi sekarang dah banyak kali try sebab encik suami pun suka juga resipi ayam goreng ni.


RESIPI AYAM GORENG VERSI AYAM PENYET SARAWAK

Bahan-bahan

1. Ayam goreng, boleh boptong besar, belah 4 atau tini lagi suka potong kecil.Senang nak makan kan..
2. Serbuk lada putih (white pepper)
3. Bawang putih (ditumbuk halus)
4. tepung jagung
5. Minyak masak
6. Garam secukup rasa

CARA MASAK

1. Bersihkan ayam dan tos sehingga nampak agak kering, Sebab lepas tu kita nak lumur tepung kan. Tak nak tepung tu cair.
2. Selepas ayam ditos agak kering, gunakan garfu untuk cucuk semua bahagian ayam. Kita cucuk untuk bantu penyerapan garam dan serbuk lada putih
3. Ok, pas cucuk guna garfu tu kita dah boleh lumurkan garam secukup rasa dan juga serbuk lada putih kepada ayam.
4. Langkah seterusnya ambil bawang putih yang ditumbuk halus dan lumurkan pula pada seluruh ayam.
5.Biasanya tini biarkan selama 10-15 minit. APa ye orang kata, perap dulu ayam tu biar serasi bersama
6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali. Kuantiti minyak tu agak-agak boleh tenggelamkan ayam yang kita goreng
7. Pastikan minyak betul-betul panas, kemudian sederhanakan api
8. Sebelum masukkan ayam dalam minyak panas, lumurkan ayam tadi dengan tepung jagung
9. Masak sehingga warna ayam nampak crispy-crispy sikit.

Yeah, ayam dah siap..




Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi panas-panas.Sedap wei..Selamat mencuba!!

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
0139924660










Selasa, 27 Oktober 2015

TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL

Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sehingga kini punca sebenar berlakunya tekanan darah tinggi semasa hamil masih tidak diketahui. Jadi tekanan darah tinggi semasa hamil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.




SIAPA MEMPUNYAI PERATUS TERTINGGI UNTUK MENGALAMI TEKANAN DARAH TINGGI?

1. Wanita yang mengandung buat pertama kali
2. Wanita yang berusia kurang 20an
3. Wanita yang berusia lebih 40 tahun
4. Mempunyai sejarah darah tinggi dalam keluarga
5. Wanita hamil kembar
6. Wanita yang mengalami masalah kerosakan buah pinggang

TIPS-TIPS UNTUK MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL

1. Amalkan pemakanan yang seimbang
2. Amalkan senaman ringan mengikut kemampuan
3. Banyakkan minum air kosong
4. Kurangkan pengambilan garam biasa
5. Rehat yang sentiasa cukup
6. Elakkan stress atau tekanan di tempat kerja
7. Elakkan minuman berkafein

APAKAH KESAN KEPADA BAYI

Apa yang dikhuatiri ialah perkembangan bayi akan merosot di mana bayi dilahirkan sangat kecil.

BAGAIMANA QASEH GOLD MEMBANTU MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL




Kehadiran minyak Zaitun, Zaafaran dan kurma sebenarnya mengawal masalah tekanan darah tinggi pesakit. Manakala Sole diambil untuk melancarkan penyingkiran toksid sekaligus meningkatkan kadar penyerapan nutrien di dalam Qaseh Adinda.

Gabungan Qaseh Adinda dan Sole akan membantu pesakit tekanan darah tinggi semasa hamil.
Jadi, jangan ragu-ragu untuk mencuba set Qaseh untuk merawat tekanan darah tinggi.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya seperti di bawah.


KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0142907448


Isnin, 26 Oktober 2015

RESIPI JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS

Assalamualaikum..
Resipi jemput-jemput ikan bilis!!. Hihi simple je tajuknya tapi inilah feveret tini. Biasanya kalau kat rumah, buat jemput-jemput tini cuma masukkan gandum,air, garam dan ikan bilis. Namun sejak menyewa di Marudi dan serumah dengan geng-geng yang pandai menikmati makanan dapatla tini variasikan makanan. Macam mana nak variasikan makanan? Encik Google kan ada!Hihi.

RAHSIA JEMPUT-JEMPUT ENAK

Bahan-bahan

1. Gandum
2. Air
3. Ikan bilis
4. Bawang besar (Holland)- mayang
5. Daun sup
6. Ubi kentang
7. Soda bikarbonat
8. Garam
9.Lobak

Cara memasak

1. Gandum biasanya tini masukkan 2 cawan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air masak dengan perlahan sambil kacau dengan tangan atau senduk
3. Masukkan bawang besar yang dimayang, ikan bilis, soda bikarbonat dan ubi kentang yang dihiris nipis.
4. Kacau sehingga sebati. Selalunya tini kacau sehingga gandum tu serasi dengan air yang mana tepung gandum jadi sedikit cair
5. Biarkan lebih kurang 10-15 minit. Biarkan adunan mengembang dan bertindak balas dengan soda bikarbonat
6. Kemudian baru masukkan daun sup yang dihiris nipis. Kemudian, masukkan lobak merah yang dihiris nipis dan halus untuk memberikan warna pada jemput-jemput kita
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Sedia untuk digoreng

RAHSIA JEMPUT IKAN BILIS GARING DAN SEDAP

Semasa panaskan minyak pastikan minyak dipanaskan dengan sempurna dan kuat.
Kemudian, bentukkan jemput-jemput anda mengikuat acuan yang dikehendaki. Masukkan ke dalam kuali yang sangat panas dan minyak yang banyak. Kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan sehingga warna jemput-jemput bertukar keemasan menunjukkan ia telah garing.
Saya lebih suka membalik-balikkan jemput-jemput supaya tidak terlalu garing dan jadi keras.

Dah siap, bolehlah dihidangkan kepada yang tercinta



Oh ye, sebelum berpisah bagi yang ingin mendapatkan produk Qaseh, jangan segan untuk hubungi tini ye.

kartini jusoh
013 9924660


QASEH JUNIOR UNTUK SISTEM IMUN ANAK LEBIH KUAT

Assalamualaikum..Musim jerebu ni fokus kita pastikan untuk anak-anak.Apa yang kita risau? Kita kena pastikan sistem imun anak-anak lebih kuat. Jadi, tajuk entry tini malam ni ialah Qaseh Junior untuk sistem imun anak lebih kuat.

APA ITU SISTEM IMUN?
Sistem imun ialah satu sistem struktur dan proses biologi dalam badan manusia yang melindungi badan manusia serta melawan penyakit.

APA KESAN PENGGUNAAN UBATAN ATAU ANTIBIOTIK PADA SISTEM IMUN

Sistem imun ialah sistem semulajadi pada tubuh untuk melawan penyakit. Apabila antibiotik digunakan, antibiotik hanya membantu sistem antibodi semulajadi untuk berfungsi dalam jangka masa yang pendek. Sedangkan realiti yang berlaku, sistem imun semulajadi kita akan tertindas untuk jangka masa panjang akibat penggunaan antiniotik

APA KESAN PADA ANAK?
Apa yang merisaukan kita ialah jika anak sering diberikan antibiotik, sistem imun anak akan lemah untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, adalah lebih baik kita membiarkan sistem imun anak menjadi kuat dengan menggunakan bahan semulajadi.

QASEH JUNIOR UNTUK SISTEM IMUN YANG KUAT

Qaseh Junior ialah ramuan hebat yang terhasil dari bahan-bahan semulajadi. Ianya sangat kaya dengan gabungan pelbagai makanan sunnah yang dapat memenuhi keperluan nutrien dalam badan anak-anak.

ramuan qaseh junior


Kalau dikaji kandungan Qaseh Junior, ramuan habatus sauda dan gam Arab adalah ramuan yang meningkatkan sistem imun anak-anak kita. DItambah lagi dengan kehadiran kurma, madu, delima, ginko, dan zaitun yang mempunyai fungsi antioksidan. Ini akan menggalakkan sistem imun lebih kuat.

KENAPA SAYA SAYANG QASEH JUNIOR?

Inilah pilihan yang tini ada semasa anak sulung tini yang kerap demam. Mungkin kerana dia adalah penghidap jantung berlubang maka sistem imunnya sedikit lemah berbanding bayi lain. Bayangkan bagaimana setiap bulan penambahan berat Azra hanya beberapa ratus gram sahaja sedangkan bayi lain lebih sekilo setiap bulan. Tini berusaha memberikan Junior seawal 5 bulan 28 hari memandangkan ini sahaja pilihan ikhtiar yang tini ada. Alhamdulillah, Azra sangat serasi dengan Junior. Berkat istiqamah dan harapan yang tidak pernah putus, Azra dah jarang demam, kurang selesema mahu pun sakit. 

Saya tahu bukan Qaseh Junior yang menyembuhkan anak saya tetapi Kuasa Allah. Namun kerana ikhtiar saya, maka jalan itu dimudahka Allah. Saya bersyukur kerana ditemukan dengna Qaseh Junior.

Dengan harga mampu milik, serta khasiatnya yang tak ternilai saya yakin Qaseh Junior adalah piliahn tepat untuk anak-anak kita. Hari ini kita berkira untuk mengeluarkan demia kesihatan anak-anak.APa akan jadi jika esok anak kita tidak sihat?Bolehkan wang mengembalikan kesihatan nya semula.

"MENCEGAH ITU LEBIH BAIK."

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi tini seperti di bawah. Jika anda berada sekitar Jerantut, Bandar Pusat dan Kuala Krau boleh hubungi tini untuk penghantaran. Tapi jangan risau jika berada di luar kawasan tersebut, pos kan ada!!

SAYA AMAL, SAYA KONGSI DAN SAYA JUAL

KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
014 2907448





Sabtu, 24 Oktober 2015

PENGASINGAN SISA PEPEJAL UNTUK KITAR SEMULA

Pengasingan sisa pepejal untuk kitar semula telah pun dimulakan pada 1 September 2015. Pengasingan sisa pepejal dilakukan bertujuan untuk:

1. Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula. 

2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal yang perlu dihantar ke tapak pelupusan

3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa bahan pepejal.

APA YANG PERLU KITA ASINGKAN?

1. sisa baki
Sisa baki termasuklah sisa dapur, sisa makanan, bahan-bahan kotor dan lampin pakai buang

2. Kertas

3. Plastik

4. Lain-lain
Lain-lain yang dimaksudkan ialah tin aluminium, kaca atau seramik, bahan fabrik, getah dan kulit, sisa elektronik dan sisa berbahaya seperti tin aerosol dan sebagainya.

KEBAIKAN KITAR SEMUALA BAHAN

1. Menjimatkan sumber Alam
Pembuatan kertas memerlukan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas. Dengan usaha kitar semula ini maka kertas yang dikitar dapat digunakan semula

2. Mengelakkan pencemaran
Dengan melaksanakan program kitar semula semua penduduk berusaha mengasingkan sisa pepejal dan ini boleh menghalang pembuangan bahan pepejal ke tempat yang tidak sepatutnya seperti di sungai dan sebagainya.

3. Memupuk sikap cintai alam 
Dengan meneydari kepentingan kitar semula, kita akan sedar bahawa kitar semula akan dapat menyelamatkan berapa batang pokok daripada ditebang.

Biasanya pungutan sisa bahan pepjal ini berlaku beberapa kali seminggu. Untuk kitar semula, ia akan diambil untuk sekali seminggu sahaja manakala untuk sisa baki akan diambil untuk dua kali seminggu


Ayuh kita sama-sama jayakan misi kerajaan untuk menyelamatkan bumi hijau kita.
SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013-9924660

TANDA-TANDA DENGGI UNTUK ANDA SEGERA DAPATKAN RAWATAN

Assalamualaikum..Tanda-tanda demam denggi untuk anda segera dapatkan rawatan!! Ini adalah tajuk pilhan tini malam ini. Pagi tadi semasa tini berada dalam kelas tambahan, group Qaseh kami yang hebat kongsikan satu testimoni best tentang seorang customernya yang menghidap denggi. Hasil istiqamahnya berikhtiar akhirnya keputusan positif diperolehi.

Jom kita lihat dan kenali apakah itu denggi.

APA ITU DENGGI?
Demam denggi ialah satu jangkitan melalui virus dan akan tersebar atau merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Terdapat empat virus yang menyebabkan denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Seorang pesakit denggi boleh dijangkiti berulang kali sekiranya dia terdedah kepada virus demam denggi.

Ayuh kita kenali beberapa tanda demam denggi untuk anda segera dapatkan rawatan sebelum terlambat.

TANDA DAN SIMPTOM DEMAM DENGGI

1. Biasanya pesakit akan demam selepas 3-14 hari digigit nyamuk.

2. Demam denggi akan menyerang secara mendadak  seperti demam yang disertai dengan sakit-sakit badan yang sangat teruk atau sakit kepala yang sangat kuat dan sakit lain-lain bahagian badan secara mengejut.

3. Demam yang sangat panas sehingga mencecah 41-42 darjah Celcius.

4. Boleh menyebabkan sakit-sakit sendi dan otot bagi orang dewasa dan juga boleh menyebabkan sawan di kalangan kanak-kanak.

5. Timbulnya ruam-ruam selepas demam 4-5 hari

6. Muntah dan hilang selera makan

BAGAIMANA PETUA NAK HILANGKAN DENGGI

1. Sup Ketam
ni yang selalu tini dengar. cari ketam dan masakkan sup ketam untuk pesakit.

2. Jus Daun Betik
Kena ambil daun betik yang dah nampak tua sikit. Pastu renus dan perah utnuk dapatkan air perahannya sahaja. Jus yang sangat pahit ini dikatakan sangat mujarab!

BAGAIMANA QASEH MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI



Gabungan Sole dan Qaseh Adinda atau Kekanda telah membantu menambah baik antibodi dalam badan. Sekaligus meningkatkan sistem imun pesakit. Bahkan kandungan Sole yang terdiri daripada 84 mineral serta kandungan Qaseh yang sangat baik membantu menyembuhkan pelbagai punca penyakit. Selain itu kedua-duanya membantu membekalkan nutrien dalam badan yang banyak hilang sejak demam akibat selera makan yang teruk.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Qaseh bagi rawatan denggi, sila hubungi tini seperti di bawah. Oh ye, penghantaran boleh dilakukan di skeitar Jerantut, Kuala Krau dan Bandar Pusat.
Manakala bagi anda yang berada di luar kawasan yang saya nyatakan saya boleh poskan menggunakan pos laju.



KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013-9924660 (SMS/WHATSAPP)

Khamis, 22 Oktober 2015

SET KESUBURAN QASEH BANTU PASANGAN YANG INGINKAN ANAK

Assalamualaikum dan salam berQaSeh untuk semua.

Set kesuburan Qaseh bantu pasangan yang inginkan anak. Itu tajuk entry tini malam ni. Tini sangat teruja apabila mendapat testimoni-testimoni pengguna yang buat hati kami, para pengedar Qaseh bahagia. Bila tini kongsikan testimoni-testimoni yang membawa khabar indah pengguna yang sudah mengandung, sebenarnya kami tak mampu pun nak menyorok perasaan gembira kami. Maka kami sebarkan testimoni-testimoni ini untuk kami sebarkan manfaat Qaseh dan membantu lebih ramai pasangan yang inginkan anak.


APA ITU SET KESUBURAN QASEH?

Set kesuburan Qaseh mengandungi tiga produk iaitu
1. Qaseh Kekanda untuk para suami
2. Qaseh Adinda untuk para isteri
3. Qaseh Sole untuk suami dan isteri

BAGAIMANA SET KESUBURAN QASEH MEMBANTU PASANGAN YANG INGINKAN ANAK

1. QASEH KEKANDA- kaya dengan pelbagai makanan sunnah serta ditambah dengan herba terpilih seperti Guarana, Tribulus, dan Ashwaganda. Membekalkan tenaga, melancarkan perjalanan darah serta meningkatkan kuantiti serta kualiti sperma.

2. QASEH ADINDA- Selaian kaya dengan pelbagai makanan sunnah Adinda juga dilengkapi dengan Passiflora, manjakani dan pegaga. Adinda membantu menstabilkan hormon, mengatasi masalah dalaman wanita dan memperbaiki sistem rahim wanita 

3. QASEH SOLE- membantu menjadikan badan kita neutral dan menyingkirkan semua toksin dalam tubuh kita.

KELEBIHAN BEBERAPA BAHAN DALAM SET KESUBURAN QASEH

1. Madu- kaya dengan mineral dan asid amino untuk membekalkan nutrisi kepada sistem peranakan kita sekaligus dapat merangsang fungsi ovari kita/

2. Sireh - membina dan menguatkan rahim dan sistem peranakan

3. Kurma - menyokong pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh mereka yang sedang cuba untuk hamil.



TESTIMONI - TESTIMONI BEST SET KESUBURAN...








Nak cuba set kesuburan qaseh gold??hubungi tini melalui sms/whatsapp

KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
014 2907448

Rabu, 21 Oktober 2015

TESTIMONI RESDUNG YANG BUAT HIDUNG TAK TERSUMBAT LAGI

Testimoni resdung yang buat hidung anda tak tersumbat lagi. Assalamualaikum dan selamat malam semua. Tu tajuk yang tini nak share kan dengan semua. Malam ni malama berlepak-lepak selepas sehari suntuk berkursus tadi. Sementara tini layan whastapp dari group Qaseh kami tetiba masing-masing keluarkan testimoni-testimoni indah yang tersimpan sendiri-sendiri. Rupanya banyak testimoni resdung yang meletops tau.

Nak tahu tentang resdung? meh klik di sini




Resdung ni jika tidak diatasi segera memang boleh membawa kesan negatif kepada kita. Resdung bukan saja menyebabkan muka berjerawat dan gatal-gatal tetapi memberi kesan lebih teruk.

Untuk itu, tini mengesyorkan semua penghidap resdung untuk mencuba sendiri kebaikan produk Qaseh Gold.
Jika anda ingin mencuba boleh hubungi tini ye.

So, kita layan beberapa testimoni menarik untuk anda, penghidap resdung di luar sana.





SET RESDUNG QASEH

# QASEH ADINDA/KEKANDA

#QASEH SOLE





Untuk mendapatkan produk Qaseh anda boleh hubungi saya seperti berikut


KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0142907448(sms/whatsapp)

Selasa, 20 Oktober 2015

TIPS ANAK TIDUR LEBIH AWAL SETIAP MALAM

Assalamualaikum..

Pernah tak hadapi situasi seperti tini, Badan dah rasa sangat penat tapi anak masih tak nak tidur. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam pun dia masih kuat bermain?

Semalam semasa pulang dari kerja, badan tini dah rasa sangat penat. Sampai je di rumah, tini terus telan dua sudu Qaseh Adinda. Untuk tenaga dalaman, sebab badan dah rasa sangat penat. Alhamdulillah, Azra pula pulang dari rumah pengasuh asyik tidur memanjang sehingga jam hampir pukul 7.00 malam baru bangun. Bila dah tidur lama waktu petang, waktu tidur malamnya dah mula berganjak.

Malamnya selepas makan malam, saya temankan Azra bermain sehingga jam hampir ke pukul 11.00 malam. Pukul 11.00 malam saya tutup lampu tapi Azra masih bermain dengan leka. Dia tak nak pun join saya untuk tidur.Sudahnya kul 11 lebih malam baru tidur. Adoi, saya rasa mata saya ni dah tak boleh nak dibuka lagi.Huhu. So saya belajar satu perkara penting, jangan biarkan Azra lena lama sangat di waktu petang.Oh, tak sanggup dah tidur lebih dari jam 10.00 malam. Ok, jom kita kongsikan tips yang boleh diamalkan sama-sama ye.



TIPS TIDURKAN ANAK LEBIH AWAL

1. Tetapkan masa tidur anak anda untuk setiap malam. Katakan kita nak anak kita tidur paling lambat pun pukul 9.00 malam.So siapkan anak untuk masa tidurnya.

2. Sediakan suasana untuk tidur. Biasanya tini akan tutup lampu on time la pukul 9.00 malam. Tutup lampu, TV, semua dah ada di tempat tidur dan sediakan susu serta bantal peluk Azra.

3. Apabila berada di tempat tidur, diam dan jangan layan anak bermain. Kadang-kadang anak-anak ni tak nak tidur sebab ingat nak main je. Jadi kita buat tak tahu je dengan semua mainannya dan kalau dia ajak kita berbual pun diamkan aje.

4. Kurangkan waktu tidur siang. Yang ni sangat penting. Kalau tidur tengah hari ok lagi untuk Azra tidur lama. Tapi bukan waktu petang. Kalau Azra dah terlajak tidur petang tu memang kompem la tidur malamnya kan lewat

5. Sibukkan anak di siang hari. Kalau hujung minggu tini akan atur masa tidur Azra jam 11 pagi dan 3.00 petang. Jadi sebelum kul 5.00 petang memang biasanya dia dah bangun. So ada masa untuk Azra bermain-main sehingga jam 9.00 malam. 9.00 malam tu adalah masa yang tepat untuk dia berasa kembali penat dan memerlukan rehat.

6. Pastikan rutin yang kita lakukan setiap hari adalah sama supaya anak dengan sendirinya sedar masa tidur mereka. Jika dilakukan dengan berterusan anak akan mudah rasa mengantuk pada masa yang sama setiap malam.

Ok, itu sahaja daripada tini malam ni.Sempena jerebu ni, jangan lupa upkan pengambilan Qaseh Junior untuk anak-anak kita ye. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Produk Qaseh Gold, jangan lupa untuk hubungi tini terus seperti di bawah.


KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660

Isnin, 19 Oktober 2015

CARA MENGATASI HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum semua. 
Salam berqaseh untuk semua pembaca..:)

Malam ni tini terlambat mengisi ruangan blog ni sebab baru selesai dengan kelas online yang diadakan oleh mentor-mentor hebat kami dalam Group Qaseh. Alhamdulillah, terlalu banyak lagi yang perlu saya belajar untuk jadi kental, tahan cabaran dan berjaya dalam bisnes. Subhanallah, indahnya berQaseh.

Malam ni tini nak kongsikan masalah hemoglobin rendah semasa hamil. Petang tadi semasa skroll fb tini, ada seorang sahabat yang bertanyakan tentang HB rendah semasa hamil. Jadi malam ni kita bincang-bincang sikit lah ye.

APA ITU HB RENDAH?

Masalah hormon yang tidak stabil semasa mengandung menyebabkan ibu hamil berdepan dengan pelbagai masalah sama ada bacaan HB yang rendah, GDM atau kencing manis dan sebagainya lagi.
HB rendah bermaksud berlaku penurunan paras hemoglobin dalam darah kita.Hemoglobin adalah pigmen yang berwarna merah yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Kekurangan kandungan hemoglobin atau diistilahkan sebagai anemia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara.

PENTINGKAH HEMOGLOBIN?

Ya. Hemoglobin bertanggungjawab untuk bergabung dengan gas oksigen dan membawa oksigen untuk digunakan di bahagian badan yang memerlukannya. Penurunan paras hemoglobin dalam darah boleh mengakibatkan kurangnya Oksigen yang boleh diangkut ke dalam badan seterusnya. Yang paling dirisaukan ialah jika berlaku Hb rendah semasa mengandung, oksigen tak dapat dibekalkan secukupnya kepada bayi. Kalau kekurangan oksigen berlaku di otak boleh menyebabkan kecacatan atau kerencatan akal.

PUNCA BERLAKUNYA HB RENDAH

Biasanya HB rendah berlaku akibat kurangnya zat Besi dalam badan. Zat besi membantu pembentukan hemoglobin. Kekurangan zat besi dalam badan boleh berlaku akibat pemakanan yang tidak sihat serta penyerapan zat besi yang sangat lemah dalam badan.

Selain puncanya nya disebabkan oleh zat besi, HB rendah juga boleh berlaku kerana penyakit genetik seperti talasemia.

HB rendah juga boleh berlaku akibat kehilangan darah yang banyak seperti akibat kemalangan, semasa haid dan sebagainya.

TANDA-TANDA IBU HAMIL YANG ANEMIA/ HB RENDAH
1. ibu cepat penat dan sentiasa keletihan
2. mudah pening dan pucat berterusan
3. semput, sesak nafas dan jantung berdegup kencang

CARA MENGATASI HB RENDAH

1. Memastikan pengambilan diet makanan yang seimbang 
2. Memperbanyakkan makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam, kerang, brokoli dan lain-lain.



3. Ikhtiar dengan qaseh gold

Suka untuk saya memperkenalkan produk Qaseh yang dapat mengatasi masalah HB rendah. 
* penggunaan Qaseh sole 
* penggunaan Qaseh Adinda

Qaseh Sole adalah garam bukit yang mengandungi 84 mineral termasuk zat besi.
Manakala Qaseh Adinda adalah gabungan pelbagai makanan sunnah. Makanan sunnah seperti kurma sebenarnya mempunyai kandungan zat besi yang sangat tinggi.

APAKAH YANG BERLAKU JIKA KEKURANGAN OKSIGEN 

1. melahirkan bayi pra matang
2. anak bermasalah selepas dilahirkan
4. kandungan boleh gugur
4. ibu sentiasa termengah-mengah

INGIN MENDAPATKAN SET QASEH NI?

Untuk anda yang berada sekitar Jerantut, Bandar Pusat, Jengka dan Kuala Krau.Penghantaran akan dilakukan setiap hari. Kalau jauh-jauh tu, tini cas sket ye tuk duit minyak.hihi. Namun demikian, tini juga menggunakan pos laju untuk penghantaran qaseh-qaseh kita ke seluruh Malaysia. Pm tini untuk mendapatkan qaseh-qaseh ye.

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
014-2907448

Ahad, 18 Oktober 2015

TIPS KESELAMATAN SEMASA DI TAMAN PERMAINAN

Assalamualaikum semua.

Petang tadi kami suami isteri bawa Azra ke taman permainan I-city,Jerantut. Sebenarnya tini baru beberapa kali bawa Azra ke taman. Semenjak disahkan sebagai pesakit jantung berlubang, doktor ada nasihatkan kami supaya Azra tidak terlalu terdedah kepada orang ramai kerana dikhuatiri jangkitan kuman.Lagi pun Azra tak cukup kuat untuk melawan kuman tersebut. Tapi tini yakin dengan Qaseh Junior yang Azra amalkan akan dapat meningkatkan sistem imun Azra.

Rasanya Azra baru ke taman ni dalam 5 ke 6 kali. Tak lah ke taman setiap minggu. Tengok keadaan abah dia juga, sibuk atau tidak kan.
Tapi Azra ni memang sangat seronok bila tengok ramai orang. Kadang-kadang dia gelak kuat bila tengok gelagat kawan-kawan di taman yang sedang berkejar dan sebagainya.

Taman I-City adalah taman yang menjadi tempat beristirehat untuk seisi keluarga.Bahkan tini rasa taman ni memang glamer untuk mereka yang tinggal berhampiran dengan Jerantut.Bila dipakaikan kasut semasa di taman, Azra dah mula menggelepar nak turun.Bukan setakat berjalan bahkan ikut sama berlari dengan kumpulan kanak-kanak lain.

Azra ni tak lah excited sangat nak cuba permainan tapi lagi seronok ikut kawan-kawan berlari.Saya pun masih tak yakin sangat dengan kekuatan kaki dia untuk berlari. So memang tini akan ikut je ke mana dia nak pergi.

Bila melihat sekeliling seronok juga tau. Menyelami dunia kanak-kanak yang memang nak bebas dan sentiasa "NAK" aje tanpa memikirkan keselamatan mereka.
Jom kita lihat beberapa tips untuk keselamatan anak semasa di taman permainan.

1. Selalunya aspek pakaian la. Pastikan pakaian anak sesuai untuk ke taman permainan. Tini selalu pastikan sesuai tak pakaian Azra nak ke taman. Selalunya tini pakaikan seluar panjang. Nak lindungi bahagian lutut Azra supaya tak mudah terluka jika jatuh

2. Peka. Ibu bapa memang kena peka sama ada permainan yang akan dinaiki anak adalah selamat. Lalai boleh mengundang padah. Kalau permainan yang berbuju tajam tini sedayanya nak elak Azra dari bermain. 

3. Awasi anak-anak semasa mereka bermain.Mana tahu ada yang bertolak-tolak semasa berebut mainan dan sebagainya.

4. Peti First Aid yang kecil boleh sentiasa diletakkan dalam kereta.

5. Nasihat kan anak-anak yang membawa basikal supaya tidak ikut campur dengan kanak-kanak yang tiada basikal. Risau kan kalau terlanggar dan sebagainya,

6. Doakan anak sentiasa selamat dunia dan akhirat. Doa ibu bapa kan mustajab.

7.Alwiz beware dan berjaga-jaga sebab sekarang ni banyak sangat kes anak hilang kan..

So, tini belanja gambar yang kami sempat snap tadi. Seronok tengok anak gembira.



Ni gambar hari berbeza.Seronok main buih.


ok, tini rasa setakat ni dulu untuk malam ni.Jika dipanjangkan usia, tini akan dipertemukan lagi di ruangan ini..

Jom Sihat
SIHAT ITU JIHAD


KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
0139924660

Sabtu, 17 Oktober 2015

TIPS BERMAIN DENGAN BAYI ANDA

Assalamualaikum semua.

Malam ni tini sedang menggodek dan mencari idea untuk tips bermain dengan bayi anda. Bila Azra dah makin besar ni tini pun dah konfius nak belikan mainan yang macam mana. Selalu terfikir, apa yang tini boleh buat untuk perkembangan otaknya. Lepas berjaya menggodek beberapa blog, tini nak share kan sedikit bagaimana kita boleh bermain dengan bayi dari dia kecil sehingga usia dua tahun

TIPS BERMAIN DENGAN ANAK

1. USIA 1-3 bulan
Perbanyakkan aktiviti menggunakan VISUAL nya. Sama ada kita nak letakkan mainan yang berwarna terang-terang atau apa sahaja yang mommies boleh buat untuk melihat bagaimana respons anak apabila melihat sesuatu. Ni tini sertakan contoh mainan yang boleh menggerakkan mata anak kita as latihan untuk visualnya.



2. USIA 7-9 bulan
Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Pada usia sebegini anak-anak kita sudah mula mengumpulkan data dan maklumat bahasa kita. Dia sudah mula cuba untuk memahami percakapan kita dan yang bestnya bila kita berbisik, kita akan dapat lihat  respons mereka seolah-olah cuba mendengar dan cuba memahami. :)

3. USIA 10-12 bulan
Pada usia yang makin meningkat, kita tingkatkan kemahiran motor anak-anak seperti kemahiran memegang, merasa dan membina. Aktiviti seperti ini mudah mengembangkan IQ anak-anak.


4. USIA 13-15 tahun
Pada usia sebegini, kita dah boleh start ajar anak konsep-konsep asas dan mudah seperti huruf, nombor, huruf jawi, bentuk, warna  dan lain-lain.



5. USIA 16-18 bulan.
Meningkatkan keupayaan anak dengan kemahiran mengenalpasti seperti memperdengarkan bunyi-bunyi dari binatang yang berbeza

 6. USIA 19-21 bulan
Anak-anak sudah cukup besar untuk memahami bahawa mereka kena hidup dalam keadaan teratur dan bersih. Kita bimbing kereka untuk mengemaskan semula mainan dan menyimpan di tempat asal

7. USIA 22-24 bulan
Kita perbanyakkan aktiviti yang dapat melatih anak-anak untuk berimaginasi dan membimbing mereka untuk membina impian dengan usaha keras.




Oh ye, sebelum tini berundur bagi ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, jika anda ingin mendapatkan produk yang dapat memberi jaminan kesihatan serta meningkatkan IQ anak-anak, boleh hubungi saya dengan segera.


Qaseh Junior adalah pilihan terbaik untuk anak-anak.Selain meningkatkan tahap kesihatan anak ia juga dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang lain.

KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD ANDA
0139924660


MENGHORMATI AZAN

Assalamualaikum semua.

Hari ni tini nak share satu topik yang mungkin dah sangat biasa kita dengar. Bangun pagi ni tini dapat satu mesej whatsapp untuk kempen menghormati azan. 

Tini yakin kita memang tahu bahawa azan ialah seruan dari Ilahi utnuk umat Islam bersegera menunaikan solat di awal waktu. Azan dilaungkan untuk memberitahu bahawa waktu solat telah masuk. Namun demikian, apa yang kita perhatikan sekarang generasi kita seolah-olah sudah terlupa dan ada yang tidak tahu bagaimana menghormati azan.

BAGAIMANA MENGHORMATI AZAN

1. Berdiam diri apabila azan dilaungkan. Ini adab yang pertama. Apabila azan kedengaran semua yang mendengar diam dan menghayati azan.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."


Jika maksud azan dihayati dan diamalkan, tidak mustahil pun untuk kita umat Islam mencapai kejayaan.

2. Menghentikan semua aktiviti harian
Saat azan kedengaran di telinga, saat itu juga sepatutnya semua aktiviti harian kita dihentikan serta merta. Semua orang perlu bergegas dan bersegera menunaikan solat.

Tapi pernah tak kita selalu menggunakan perkataan ni, "Sikit lagi nak siap.Jap lagi la solat" Itu juga ayat saya selalunya, Hihi..
Jom kita ubah sekarang menjadi, "Dah masuk waktu, sambung jap lagi la.Semayang dulu".

3. Menjawab Azan
Tak tahu nak jawab azan? Ikut je apa yang dilaungkan muazzin kecuali bahagian seruan "hayya a'las  solah..dan falah."
Yang part tu kita jawab "La hau la walaa quwwata Illa billah"
Tak pe, tak tahu boleh belajar. Jangan jadi bodoh sombong untuk belajar tau.



4. Membaca doa selepas Azan
Selepas azan selesai diseru, baca lah doa selepas azan.Alaa, doa yang selalu kuar dalam tv tu. Mesti semua dah ingat kan. Hari-hari kuar tv tau.

Akhir sekali, sebagai peringatan untuk tini sendiri, solat adalah tiang agama. Solat lah yang menentukan kita berada dalam golongan yang berjaya atau dalam golongan yang gagal.

Jom, sama-sama pertingkat amalan kita untuk sentiasa jadi insan yang terbaik.Pilihan ada di tangan kita sendiri



KARTINI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660

Khamis, 15 Oktober 2015

PUNCA GOUT DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pagi tadi, tini dapat satu pertanyaan tentang penawar gout oleh daripada sahabat. Tini ni tak pakar pun pasal gout. Cuma yang tini ingat, gout ni disebabkan oleh kandungan asid urik yang sangat tinggi dalam badan seseorang.Jadi malam ni tini berkesempatan untuk menggodek riwayat gout ni untuk tini kongsikan bersama. Jadi apa kata kita sama-sama kongsikan punca gout dan rawatan untuk gout. 

Gout berlaku disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada bahagian-bahagian  sendi. Bagi pesakit gout, mereka mungkin mengalami masalah kandungan asid urik yang meningkat dengan mendadak atau menghadapi masalah kandungan aid urik yang tidak dapat disingkirkan dari badan.

GEJALA GOUT
Gout biasanya menyerang bahagian ibu jari kaki. Namun, tetap terdapat rasa sakit pada bahagian-bahagian sendi yang lain.

Pesakit gout juga mungkin mengalami masalah bengkak dan sakit pada sendi-sendi tertentu.






LANGKAH PENCEGAHAN

1. Pesakit gout dinasihatkan untuk mengelakkan pemakanan yang kaya dengan protein seperti daging merah dan makanan laut. Kesemua makanan yang disebut di atas adalah mengandungi purin yang sangat tinggi.
Purin adalah kandungan semulajadi yang wujud dalam sesuatu makanan. Bagi pesakit gout, adalah tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan purin. 
Contoh makanan yang tinggi purin ialah ikan bilis, hati, jantung, ginjal, otak, ikan parang dan ikan kembung.

2, Perbanyakkan minum air kosong untuk memastikan asid urik dapat dikeluarkan melalui air kencing. Minum dengan kerap melebihi dua liter air.

CARA MERAWAT




Qaseh Gold menawarkan set qaseh gout iaitu
* Qaseh Sole
* Qaseh Adinda





Bagi anda yang menghadapi masalah gout dan berminat untuk mencuba Qaseh, sila hubungi tini tanpa segan ye.InsyaAllah, konsultansi percuma untuk semua pelanggan tini.

KARTINI JUSOH
014-2907448( sms/whatsapp)




Rabu, 14 Oktober 2015

PUNCA BUASIR DAN CARA MERAWATNYA

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Petang tadi ada sahabat yang bertanyakan tentang produk Qaseh yang sesuai untuk masalah buasir. Jadi malamm ni tini teringin nak share kan tentang buasir, punca buasir dan cara merawatnya.

APAKAH BUASIR?
Buasir adalah salur darah yang dipanggil vena menjadi besar di bahagian bawah rektum dan dubur
Di manakah kedudukan rektum?


Nampak tak rektum? Rektum tu adalah bahagian paling hujung salur usus besar kita. Maka buasir ni berlaku disebabkan salur darah kita membengkak di bahagian bawah rektum.

PUNCA BUASIR

1. Selalunya masalah buasir dikaitkan dengan masalah sembelit teruk sehingga menyebabkan kita meneran dengan bersungguh-sungguh. 

2. Ibu mengendung yang mempunyai kandungan yang telah besar mengalami masalah buasir kerana janinnya yang makin membesar sehingga menekan bahagian dubur

3. Jika anda berdepan dengan masalah berat badan yang terlampau tinggi ia juga boleh menambah risiko untuk anda menghidap buasir

4. Selain itu, mereka yang bekerja dengan hanya berdiri sahaja akan memberi lebih tekanan dan menyebabkan buasir.

APA YANG PERLU SAYA BUAT?
1. Perbanyakkan makanan seperti sayuran dan buahan untuk mengelakkan sembelit. 

2. Perbanyakkan minum air kosong.Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah wajib.

3. Rajinkan diri untuk menjadi aktif dan bersenam sentiasa

4. Ikhtiar dengan produk yang sudah terbukti keberkesanannya.
QASEH GOLD menawarkan qaseh kekanda untuk mengatasi masalh buasir.



QASEH GOLD KEKANDA MENGATASI MASALAH BUASIR


Untuk mendapatkan produk Qaseh, jangan lupa hubungi tini seperti di bawah. Konsultasi percuma adalah untuk semua pelanggan tini tau.

KARTINI BINTI JUSOH
KONSULTAN QASEH GOLD
0139924660


Selasa, 13 Oktober 2015

Belajar Sains, matahari sebagai sumber tenaga utama

Assalamualaikum semua.

Hari ni tini rasa kepenatan yang sangat melampau. Balik rumah je terus cakap ngan suami badan rasa macam nak demam. Nak minum Qaseh Adinda stok dah habis sebab dah terbagi stok kat kawan yang nak sangat try untuk resdungnya. Jadi tini try juga Qaseh Premier tadi sebelum menulis ni. Harap-harap badan tini cukup kuat.

Hari ni tini cuma nak share keghairahan pelajar-pelajar tini semasa melakukan aktiviti sains di sekolah tadi. Memang muka mereka sangat excited untuk belajar sains dan melakukan aktiviti.Dari kelmarin lagi tini dah ingatkan pelajar untuk bawa kertas, daun kering atau kain buruk. Aktiviti yang tini buat tadi ialah untuk membuktikan bahawa matahari adalah sumber tenaga haba utama.




So, apa yang diperlukan hanya lah satu kanta pembesar dan bahan-bahan untuk dibakar sama ada kertas, daun kering atau kain buruk. Selepas tini adakan sedikit taklimat untuk menerangkan tentang matahari dan kegunaan haba kepada pelajar, baru lah pelajar memulakan aktiviti mereka.

Nanti kita layan beberapa gambar di mana pelajar-pelajar tini begitu bersungguh-sungguh nak menggunakan kanta pembesar dan menyalakan api. Jadi pelajar akan mencuba dan menggunakn kreativiti mereka untuk memulakan pembakaran.



Seronok tini tengok budak-budak lelaki ni. Diaorang kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.








Oh ye, yang nak bertanyakan produk Qaseh, jangan malu untuk hubungi tini lagi ye.

KARTINI JUSOH,
KONSULTAN QASEH GOLD
013 9924660