Rabu, 26 Ogos 2015

Petua Mencari Barang Hilang

Pernah tak kehilangan barang-barang? Walaupun dah puas fikir letak kat mana dan dah puas cari kat mana tapi masih tak jumpa-jumpa barang tersebut. Kadang-kadang kita ni sebagai manusia selalu tersalah letak, tersalah simpan dan sebagainya. Alhamdulillah, suami tini dah amalkan masa tengah mencari sesuatu barang yang kami tak tahu letak kat mana.Syukur juga dalam masa beberapa hari dapat jumpa balik. Tapi syarat utama kita kena buang dulu semua perasaan marah, redakan dulu hati kita dan yakin dengan amalan yang kita buat ni. InsyaAllah, Allah akan bantu kita.



PETUA MENCARI BARANG HILANG

1. Petua 1
Baca selawat sepanjang pencarian kita dan niatkan dalam hati supaya kita dapat jumpa barang yang hilang.Sambil-sambil berselawat, ingat balik bila kali terakhir kita nampak barang kita. Bila kali terakhir pegang atau guna barang tersebut. Kalau barang tersebut memang masih ada dalam rumah, insyaAllah kita kan jumpa semula barang tersebut.

Selain daripada satu cara di atas, cuba cara kedua pula

2.  Petua 2
Baca:
.
  • Al-Fatihah (7 kali)
  • Al Fath ayat 1-3 ( 7 kali)
  • Al-Khafi ayat 19 ( 7 kali)
  • Al-Ikhlas (7 kali)
  • Selawat ( 7 kali)
  • Ya Allah (3 kali)
  • Kemudian wiridkan "Ya Hafiz" sebanyak 119 kaliApabila selesai semua di atas, tadahkan tangan dan berdoa kepada Allah agar kita jumpa semula barang kita yang hilang tersebut


3. Petua 3: Amlkan doa barang yang hilang



Imam Nawawi pernah berkata, 
" Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak payah bersusah payah-susah. Barang itu juga berada tidak jauh dari tempat yang kita sangka, 

Maknanya doa ni dah pernah dicuba oleh para alim ulama.. Diperturunkan kepada kita untuk membantu kita mendapatkan semula barang yang dah hilang.

SELAMAT MENCUBA!!!

PENGEDAR QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
0139924660

Selasa, 25 Ogos 2015

Pernikahan Sebagai Permulaan bagi hidup kami,

Sekejap je masa berlalu. Masa, laju berlari meninggalkan kita. Dalm diam dah dua tahun tini berkahwin.
Tini dipertemukan dengan suami pada tahun 2013. Berkenalan, bertunang dan akhirnya melangsungkan pernikahan pada tahun berikutnya. Semuanya berlaku dengan pantas tanpa diduga. Itulah bila dikatakan jodoh. Yang pasti, Allah hadirkan jodoh kita pada masa yang tepat tidak terawal dan tidak terlewat walau sesaat. Kami diijabkabul pada 20 Mac 2013, berlangsung secara sederhana walaupun saya anak perempuan terakhir yang dinikahkan. Mungkin kerana arwah ibu sudah tiada bersama, menyebabkan saya memilih untuk bersederhana sahaja.

Pernikahan berlangsung pada hari Jumaat selepas solat Jumaat. Kemudian dua hari berikutnya kami diraikan dalam majlis sederhana.


Persediaan kenduri memang diuruskan sepenuhnya oleh kakak yang sulung iaitu kak Lah. Pakaian saya diteliti oleh anak buah saya, tempat nikah oleh kakak-kakak saya.ALhamdulillah, walaupun sederhana tetapi saya beruntung kerana memiliki kawan-kawan yang sporting dan sempoi sanggup bersusah untuk datang ke majlis saya.





Sedar tak sedar dah dua tahun lebih kami melayari kehidupan berumahtangga. Anak pun dah dianugerahkan Allah sebagai penyeri kami. Sekarang cinta hati kami suami isteri adalah Azra. Semoga perjalanan hidup kami akan sentiasa direstui Ilahi dan mencapai kebahagiaan dunia ke akhirat

KOLSULTAN PRODUK QASEH GOLD
KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660

Keistimewaan Qaseh Gold Junior Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum semua

Malam ni anakanda kesayangan saya beradu awal lagi.Jadi sempat la saya jenguk blog saya lebih awal. Ditambah dengan tugasan kerja sekolah yang mesti disiapkan malam ni juga.Erm..Sebelum tidur tadi, saya sempat sapukan sedikit Qaseh Gold Junior ke roti untuk disuap kepada Azra saya. Bukan main laju lagi Azra makan.Kena sungguh selera Azra dengan Qaseh Junior ni. 

APA ITU QASEH GOLD JUNIOR
Qaseh Gold Junior merupakan makanan tambahan yang terdiri daripada gabungan makanan sunnah dan tambahan beberapa ramuan lain yang memberi khasiat tambahan untuk anak-anak.




RAMUAN ISTIMEWA QASEH JUNIOR
Qaseh Gold Junior atau Qaseh Junior ni merupakan rumusan daripada 15 ramuan hebat seperti kurma, madu, kismis, delima, minyak zaitun, gingko, buah tiin, garam bukit, zaafaran, gam arab dengan tambahan bayam, badam dan pegaga.

Bagaimana Bayam menjadi pilihan yang baik untuk anak-anak
Bayam sangat kaya dengan sumber vitamin terutamanya vitamin K yang akan membantu penyerapan Kalsium dengan lebih baik.

Selain itu, bayam juga membekalkan zat besi yang membantu dalam pembinaan sel darah merah. Pembentukan sel darah merah adalah penting kerana sel darah merah adalah medium yang akan mengangkut Oksigen ke seluruh badan. Pentingnya bayam ni kepada anak-anak kita kerana pengangkutan Oksigen yang cekap ke otak akan menghasilkan anak-anak yang cergas dan cerdas. Patut la minum Junior, anak2 jadi mudah menghafal.

Pegaga Menambah Nilai Untuk Junior

Pegaga sudah diakui kehebatan nya dari segi kesihatan kita. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Saya memang selalu mendapat feedback positif dari ibu-ibu yang mengamalkan Qaseh Junior untuk anak-anak mereka. Anak-anak mereka menjadi lebih bersemanagt untuk ke sekolah dan yang paling ketara anak-anak mereka suka belajar dan mudah menghafal.

Pilihlah Badam untuk anak-anak

Badam rupanya adalah makanan yang sangat baik dan mempunyai 1001 kebaikan sama ada kepada orang tua, dewasa apatah lagi kepada kanak-kanak.Kandungan protein dalam badam adalah 20 kali ganda lebih banyak dari protein yang ada dalam bijirin lain. Selain memberi tenaga tambahan, badam juga sangat membantu dalam proses tumbesaran anak-anak dan membantu perkembangan otak kanak-kanak supaya lebih bijak. Kita selalu dengar perkembangan tulang dipengaruhi kalsium dan fosforus. Tahukah anda yang badam mengandungi kalsium dan fosforus yang tinggi jika dibandingkan dengan elemen susu dan keju. Anak-anak yang amal Junior akan mendapat khasiat dari kalsium dan fosforus ni.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN QASEH JUNIOR UNTUK ANAK-ANAK

1. mencerdaskan minda
2. merangsang daya tumpu
3. membekal tenaga dengan glukosa dan fruktosa
4. meningkatkan sistem imun untuk perlindungan jangkitan penyakit
5. melegakan demam, batuk, selesema dan asma
6. menambah selera makan anak-anak

TESTIMONI PENGGUNA QASEH JUNIOR







Untuk mendapatkan produk hebat Qaseh Gold Junior, anda boleh hubungi tini seperti di bawah. Khas untuk semua customer tini, pembelian anda akan disertakan dengan konsultasi percuma.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com





Isnin, 24 Ogos 2015

Bagaimana mengatasi Anak yang suka Merajuk

Azra dah semakin pandai sekarang ni. Usia dah mencapai setahun lebih ni macam-macam ragam yang saya boleh perhatikan. Kadang-kadang buat saya senyum sendirian kerana gelagat dan keletahnya yang bersahaja menjadikan kita rasa terhibur.

Bila saya baca dari beberapa blog tentang perkembangan bayi usia setahun saya mula mempelajari yang Azra sedang cuba meneroka dunia sekelilingnya. Kadang-kadang apa yang dibuatnya secara spontan mengikut perlakuan biasa yang dilihat dari persekitaran.

Apa yang Azra suka sekarang ialah memasukkan apa sahaja yang dijumpai ke dalam mulutnya. Apa yang saya boleh buat ialah memastikan barang-barang lembut dan selamat sahaja berada di sekelilingnya. Sejak berusia setahun ni juga saya mula perasan Azra dah pandai menunjukkan mimik muka merajuk apabila ditegur. Apa lagi jika dia mula nakkan sesuatu atau nak memenuhi keinginannya, dia akan mula meletakkan mukanya ke lantai.Mungkin tanda protes yang keinginannya tidak dipenuhi.Erm..rupanya apabila saya baca pengalaman ibu-ibu tentang anak mereka, sikap yang sama juga ditunjukkan oleh anak-anak seusia begini. Hanya cara untuk menangani di pihak ibu bapa yang akan membezakan tingkah laku anak-anak kelak.

MEMAHAMI KEHENDAK ANAK

Pada usianya yang mencecah 13 bulan, Azra masih belum pandai menuturkan kemahuannya. Apa yang saya buat ialah memerhatikan tingkah lakunya dan cuba memahami apa yang diinginkannya. Memang pada usia begini saya perhatikan dia begitu perlukan perhatian daripada kami. Kalau dia bersama saya dia akan memfokuskan hidupnya kepada saya. Percakapannya, tindakannya semua yang dilakukannya mahu dikongsi bersama kita. Sekalipun makanan yang ada pada tangannya, dia akan tetap berkongsi dengan saya.Tetapi apabila abahnya pulang dari kerja, fokusnya beralih kepada abah pula. Setiap perbuatan, percakapan semuanya dikongsi bersama abah. Sebaik sahaja abahnya melangkah ke dalam rumah, Azra akan mengekori abah dari bilik air untuk menemankan abahnya yang mengambil wudhuk untuk solat Asar, kemudian menemankan abahnya yang solat dan sanggup menunggu sehingga abahnya selesai solat.

Apa yang saya fahami, kanak-kanak seusia Azra hanya inginkan perhatian dari orang-orang yang dikasihinya. Dia hanya memerlukan perhatian dan kasih sayang dari orang tua seperti kita. 

ANAK MENGAMUK?
Azra juga sudah pandai untuk mengamuk bagi mendapatkan sesuatu yang dihajatinya. Jika saya sibuk dengan kerja rumah seperti melipat kain atau melakukan tugas lain sehingga mengurangkan masa saya untuk bersama nya, Azra juga dah pandai merajuk. Mungkin itu satu cara untuk dia menunjukkan protesnya kepada ketidak prihatinan saya terhadapnya. 




APA YANG SAYA BUAT?

Saya pun masih lagi belajar untuk menangani anak yang sudah pandai mengamuk. Tapi setakat ni saya masih lagi boleh bersabar dengan amukan Azra. Selalu saya akan nasihatkan Azra apabila dia dah habis mengamuknya ( biasanya selepas dia dapat apa yang dia nak) bahawa saya tidak faham keinginannya dan dia kena beritahu saya dengan cara yang baik. Walaupun saya tahu Azra masih belum faham apa yang saya cakap kan, tapi say harap, dia akan mengurangkan sikap suka mengamuknya apabila dia dah semakin besar dan memahami percakapan saya.

Kadang-kadang kalau Azra baru mula nak mengamuk, saya akan alihkan perhatiannya kepada perkara lain.Contohnya apabila dia mengamuk untuk dapatkan sesuatu yang bahaya maka saya akan sorokkan barang tersebut dan mula membelek softbooknya yang berwarna warni. kemudian saya akan mula bercerita tentang apa yang ada dalam buku tersebut. Biasanya cara ni berkesan kerana Azra akan mengalihkan perhatiannya kepada bukunya yang berwarna warni dan melupakan barang yang dia nak tadi.

Sehingga hari ni saya masih bersyukur kerana masih mampu bersabar melayan kerenah Azra, Doa saya semoga saya akan dibukakan hati untuk terus mempelajari dan memahami kerenah Azra serta saya akan cukup sabar melayan setiap kerenahnya.

Azra, anak junior saya yang makin pandai membebel dan kuat sangat mainnya..

Qaseh Gold Premier

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah, dalam penat mengurskan tugas harian, masih lagi sempat membelek blog hari ni. Alhamdulillah, seronoknya walaupun penat uruskan rumah tetapi syukur juga sebab segala urusan rumah hari ni lancar dan tenang je.

Malam ni tini teringin bercerita tentang produk Qaseh Gold Premier.Khusus untuk si Premier ni sahaja. Qaseh Premier ni didatangkan dengan kaler yang gelap, hitam dan pekat.Black and handsome kut.hihi.


Hitam kan?hihi tapi sangat menawan la sebab tulisannya yang kaler gold pada latar yang hitam memang menampakkan kehensemannya.cecewah. Ok, bukan setakat luaran nampak cantik tau, tapi khasiatnya memang padat.

APA KANDUNGA QASEH PREMIER?

1. Diformulasikan daripada gabungan makanan sunnah yang menjadikan Premier hebat

  • kurma
  • madu
  • buah tin
  • habatus sauda
  • minyak zaitun
  • zafran
  • delima
  • gam arab
  • GInko
2. Diperkaya lagi dengan ramuan istimewa yang sangat hebat yang menjadikan Premier lebih Superb!!
  • Goji Beri
  • Ekstrak Kranberry
  • Ekstrak roselle
  • Kidney white bean
  • Kalsium ikan dan 
  • Minyak biji anggur ( oil grape seed)


ISTIMEWANYA QASEH PREMIER

Istimewanya Qaseh Premier kerana semua ramuan tambahannya memberi khasiat istimewa sehingga menghasilkan Qaseh Premier yang benar-benar kaya dengan khasiat terbaik serta memberi positif yang sangat optimum kepada pengamalnya.

EKSTRAK KRANBERI
 - Kranberi terbukti mampu mengurangkan risiko kanser
 - Bercirikan antioksidan
 - Mengurangkan risiko jangkitan salur kencing
 - Memperbaiki sistem imunisasi
 - menstabilkan tekanan darah dan merendahkan paras LDL kolesterol
 - Mengurangkan risiko sakit gusi
 - Menyokong kesihatan sistem penghadaman

EKSTRAK WHITE KIDNEY BEAN
 - Menstabilkan gula dalam darah
 - Menyokong kesihatan sistem penghadaman
 - Mengurangkan risiko sakit jantung
 - Menstabilkan gula dalam darah

KALSIUM IKAN TAMBAN
 - Kaya dengan sumber Kalsium semulajadi yang sangat tinggi

GOJIBERI
 -  terkenal dalam perubatan Cina tradisional yang mengandungi zeaxanthin iaitu sejenis antioksidan yang menyokong kesihatan penglihatan
 - baik utnuk kawal paras gula dalam darah dan memperbaiki paras tekanan darah tinggi
 -  baik untuk meningkatkan tenaga, memperbaiki kualiti tidur dan mengurangkan stress
 - baik untuk sistem penghadaman

SIAPA YANG PERLU KEPADA QASEH PREMIER
Sasarannya adalah pengguna yang berusia 40an ke atas yang ingin mengekalkan kecergasan dan kesihatan mereka serta mengelakkan pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit tiga serangkai

Juga sasarannya ialah pengguna yang mengalami pelbagai masalah kesihatan serta mereka yang menghidapi pelbagai masalah kronik

Namun, jika nada pengguna berusia 30an, jangan takut untuk mencuba bahkan akan memberi impak lebih positif kepada anda

KEBAIKAN QASEH PREMIER


Untuk anda yang ingin mencuba sendiri Qaseh premier dan mendapatkan maklumat tambahan boleh terus merujuk kepada saya seperti di bawah. Sesi colsutation secara percuma eksklusif kepada pelanggan saya sahaja

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com


Ahad, 23 Ogos 2015

Qaseh Gold Kekanda

Qaseh Gold Kekanda adalah salah satu lagi produk hot di bawah jenama Qaseh Gold. Qaseh Gold Kekanda terdiri daripada gabungan pelbagai makanan sunnah di mana Kurma dan Madu adalah ramuan utamanya.

RAMUAN QASEH GOLD KEKANDA


  1.  Madu
  2. Kurma
  3. Minyak zaitun
  4. Delima
  5. Habatus sauda
  6. Buah tin
  7. Zaafaran
  8. Ssireh
  9. Gam Arabic
  10. Ginko Biloba
  11. Air zam-zam
  12. Ashwanda
  13. Tribulis
  14. Guarana
Ramuan 12 hingga 14 merupakan herba tambahan yang melengkapkan Qaseh kekanda sebagai pilihan terbaik utnuk semua lelaki


KEBAIKAN HERBA TAMBAHAN DALAM QASEH KEKANDA

1. ASHWANDA
- menambah tenaga seksual dan menguatkan sperma
- mengurnagkan kolesterol dan gula
- mengatasi kelesuan dan insomnia

2. TRIBULUS
- merawat sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan lemah tenaga batin

3. GUARANA
- menghilangkan darah gemuruh
- mencegah arteri darah dari tersumbat
- menguatkan jantung
- menyembuhkan sakit saraf dan migrain





KELEBIHAN QASEH GOLD KEKANDA

  1. Merangsang tenaga dalaman dan luaran
  2. Kaya anti-oksidan dan anti-bakteria
  3. Menguatkan sistemm imun
  4. Membuang toksin dan melancarkan sistem pencernaan
  5. Mencerdaskan minda
  6. Mengawal tekanan darah
  7. Menstabilkan hormon dan dan emosi
  8. Ikhtiar untuk mendapat zuriat
  9. Mengurangkan darah gemuruh, sembelit, cirit, migrain dan sakit saraf
  10. Mencegah arteri tersumbat & menguatkan jantung
  11. Meningkatkan hubungan intim suami isteri
  12. Merawat sakit kepala
  13. Menambah keupayaan seksual, menguatkan sperma
  14. Merendahkan kolesterol
  15. Mnegurangkan kelesuan


Untuk mendapatkan Qaseh Kekanda, boleh hubungi tini seperti di awah,

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com




Pengalaman Indah di Marudi

Marudi, itu nama pekan yang menjadi tempat saya mencari rezeki.  Enam tahun lebih di Marudi dengan masyarakat majoritinya ialah Iban sebenarnya banyak memberi pengalaman baru. Kali pertama sampai ke Marudi saya menaiki bot selama hampir empat jam.Tempoh masa perjalanan dengan bot bergantung kepada arus air sungai. 




Gambar pertama ialah gambar airport kecil di Marudi manakala gambar kedua ialah gambar di jeti Marudi bagi mereka yang datang dengan bot. Ish..tetiba terasa rindu dengan Marudi.Mungkin kerana terlalu lama di sana, tengok gambar je rindu bertandang.

Bertahun di Marudi terlalu banyak perubahan yang boleh dilihat lebih-lebih lagi keadaan jalan raya.Yang asalnya hanya jalan balak akhirnya dapat juga merasa jalan berturap tar. Dulu kalau nak ke Marudi merempit lah 4x4 landrover tauke Jia weng tu semata-mata nak kejar trip. Maklum lah pengangkutan utama kami selain bot dan kapal terbang(twin otter) ialah 4 wheel drive.Berhimpit-himpit dalam 4x4 macam sardin.Hihi..lucu pulak rasa.



Masjid marudi yang tini tempek kat sini tu adalah masjid yang baru. Masjid asal Marudi kecil je. Tapi selepas bertahun di Marudi akhirnya sebuah masjid yang lebih besar didirikan. Selalu nya kalau ada aktiviti keagamaan kat sekolah mesti berkait lah dengan masjid Marudi ni. 

Manakala taman Marudi ni pula adalah tempat kami lepak, jogging dan mengisi masa waktu petang. Argh..terasa rindu dengan sahabat yang selalu jogging bersama.Faizah, Sarmila, Nik Suria, Roziana, Shanti..Wah banyak nama yang mesti disebut ni.Masihkah kalian ingat? Tapi saya tak jumpa gambar jambatan gantung yang glamer kat taman ni. Selalunya kami suka juga jalan-jalan di jambatan gantung petang-petang hari tu.

Satu tempat nostalgik yang saya yakin semua kawan-kawan saya ingat ialah Kedai Bojeng!!tempat lepak sambil makan nasi penyek atau minum air dan makan-makan..


Saya cuma da gambar ni je. Gambar Bojeng tengah buka kedai takde. Sebenarnya sebelah signboard Ambank tu ada kedai makan tau. Bila petang menghampiri jam 6 lebih petang, baru lah kita akan nampak kerusi dan meja yang dibuka di hadapan ruang kosong Ambank. Biasanya kalau dah bosan masak kat rumah, kami akan keluar makan-makan di sini. Menu istimewa kat sini ialah nasi ayam penyek, butter prawn, kueyteow goreng basah(banjir) dan yang best nya kalau dapat makan dengan sambal ayam penyek.Sedapnya lah..

Alahai..tak tidur saya malam nu kalau nak bercerita tentang pengalaman indah di Marudi.Semuanya dah jadi kenangan yang akan kekal di lipatan memori.




Ini antara kenangan-kenangan terindah saya bersama kawan-kawan.Mungkin saya sudah berada jauh dari Marudi dan rakan-rakan pun dah ramai yang berpindah ke semenanjung, tetapi kenangan di Marudi pasti akan sentiasa kekal di ingatan.

Doa saya, semoga semua sahabat saya dalam lindungan rahmat Allah sentiasa.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Qaseh Gojes, Qaseh Adinda, Qaseh Kekanda, Qaseh Junior, Qaseh Premier dan lain-lain jangan segan untuk bertanya.Untuk sebarang pertanyaan produk Qaseh Gold, boleh hubungi saya seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013-9924660
myself140383@yahoo.com

Sabtu, 22 Ogos 2015

Qaseh Gold Adinda


Ramai yang masih tertanya-tanya tentang produk Qaseh Gold Adinda. Qaseh Gold Adinda biasanya tini panggil qaseh adinda aje.Inilah produk pertama di bawah jenama qaseh yang tini cuba.Bukan lah tak pernah dengar tentang produk qaseh tetapi tak berani nak mencuba.Alhamdulillah,selepas membeli dan mengamalkan Adinda dengan konsisten, tini rasa tini dah seronok menggunakannya.


KENAPA SAYA YAKIN DENGAN QASEH GOLD?

mulanya saya kaji dulu kandungan qaseh adinda ni.Bila saya tahu ramuan istimewa qaseh adinda, saya mula kaji kebaikan setiap ramuan.Pertama sekali saya kaji ialah kandungan utama bahannya iaitu kurma. Buat saya terkesima sekejap sebab sebelum ni memang tahu kurma ru sangat bagus tapi tak pernah pulak nak kaji details.

http://qaseh83.blogspot.com/2015/06/kelebihan-kurma-sebagai-ramuan-utama.html?m=1

Selepas tahu tentang kurma, saya beralih pula pada kebaikan madu,habatus sauda, minyak zaitun dan sebagainya.Alhamdulillah, saya akhirnya yakin qaseh adinda boleh memberi efek pisitif pada saya.
Tini share kan kandungan qaseh adinda yang dah buat saya jatuh hati.



Selain daripada 11 kandungan makanan sunnah, qaseh adinda juga terdiri daripada 3 herba tempatan khusus untuk kesihatan dalaman wanita.

SIAPA YANG BOLEH AMBIL QASEH ADINDA?


Jika anda seorang wanita dan menghadapi masalah seperti di atas.Berusia 13 tahun ke atas jangan risau untuk mencuba qaseh gold adinda.
1.wanita surirumah yang kerjanya bermula bila mata dicelik pagi hari hingga terpejamnya semula mata di malam hari
2. wanita berkerjaya
3.wanita yang busy dengan biznes hibgga ke malam
4.ibu mengandung yang alahan.
5.ibu mengandung yg bermasalah dengan Hb
6.wanita mengandung yang bekerja
7. wanita yang mengalami masalah dalaman seperti keputihan, haid yang tidak teratur dan  fibroid
8.wanita mengandung yang menunggu hari bersalin
9.wanita berpantang
10.wanita  menyusukan anak
11. wanita yang nak susu badan meriah

APA ISTIMEWANYA BELI DENGAN SAYA
Jika anda membeli qaseh gold dari tini, saya akan sertakan dengan free consultation sepanjang pengambilan qaseh adinda. InsyaAllah, sebarang pertanyaan akan dilayan dengan baik

Jadi untuk mendapatkan qaseh Adinda, boleh hubungi terus tini seperti di bawah.COD sekitar Jerantut dan Bandar Pusat Jengka

KARTINI BINTI JUSOH
0142907448
myself140383@yahoo.com


Jumaat, 21 Ogos 2015

Eksperimen Sains dengan pelajar tingkatan 1


 Assalamualaikum dan selamat pagi


Hujung minggu ni tini sempat intai balik gambar yang tini ambil minggu lepas.Seronok tengok gambar anak- anak murid tingkatan 1 buat eksperimen. Hari Khamis lepas kami dah masuk bab kelima dengan subtopik 'Oksigen untuk Respirasi'.

Untuk eksperimen ni, tini memang minta pelajar bawa binatang kecil seperti lipas, belalang atau apa saje yang mereka boleh bawa.


Selepas prosedur eksperimen dibincangkan, para pelajar mengelyarkan binatang masing-masing untuk persediaan eksperimen.Macam-macam gaya bebudak ni.Ada yang menjerit geli dengan lupas yang terlepas.Ada juga yang terkejut dengan belalang yang terbang keluar dari tabung didih.Lucu bila kita memerhatikan gelagat pelajar.

ni ladybird yg student tni bawa.comel kan..




Nampak tak binatang yang pelajar bawa?.Majoritinya bawa lipas la.Tapi ada juga yg bawa lady bird.. comel je kaler oren.

Apa yang penting semua dah berjaya membuat pemerhatian yang tepat dengan eksperimen. So selesai eksperimen, kami sama-sama membuat kesimpulan bagi pemerhatian yang dah dibuat.

Alhamdulillah, semua nampak bersemangat menjalankan eksperimen dan seronok apabila berjaya mendapat pemerhatian yang sepatutnya.Semoga semua pelajar saya sentiasa sukses dalam pelajaran mereka.
Oh ye, untuk makluman anda yang bermasalah dengan kulit wajah, Qasrh Gojes ada dalam pek trial ye.
boleh la cuba dengan harga lebih murah

KARTINI BINTI JUSOH
0139924660
myself140383@yahoo.com





Tips dan Cara untuk Kurus dengan Sihat

Tini adalah penggemar roti canai, especially roti kosong tu. Sekali hadap boleh je setel 2 keping roti kosng ni tanpa rasa bersalah makan banyak.Hihi.Tapi dalam masa yang sama nak juga kurus macam orang lain. Target sekarang dalam nak turunkan dalam 4-5 kg. Tapi itu berCenta juga nak turunkan berat ni. So tini gunakan khidmat Encik Gugel untuk cari pengalaman mereka yang dah turunkan berat dengan jayanya. Banyak juga kisah menarik yang tini baca dan terkesan. Lagi seronok bila kita baca dan ramai memilih untuk menurunkan berat badan secara sihat.



BERAT BADAN BERLEBIHAN ATAU GEMUK

Untuk mengetahui sama ada berat badan anda dalam kategori sihat atau tidak, kita boleh menggunakan pengiraan Indeks Jisim Tubuh,(IJT) 

      Indeks Jisim Tubuh =    Berat (kg)
                                           tinggi(m) x tinggi(m)

ika IJT (kg/m2) anda …Bermakna anda adalah…
Bawah 18.5Kurang berat badan
18.5-24.9Dalam julat normal
25.0-29.9Berlebihan berat badan
30.0 ke atasObes (gemuk)

So, anda dalam kategori yang mana satu? Saya dah kira,Tapi dah hampir sangat dengan 25.0 dan nak masuk dalam kategori berlebihan berat badan tu. Kena ikhtiar kontrol makan ni. Jadi, disebabkan saya pun memang nak berusaha menurunkan berat badan supaya sentiasa kekal dalam keadaan normal, jom tini share kan beberapa tips untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan.

TIPS NAK KAWAL BERAT BADAN

1. Amalkan makan makanan seimbang
Makanan seimbang bermakna pengambilan makanan yang mengandungi tujuh kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, air, pelawas dan lemak tetapi dalam kuantiti yang mencukupi untuk badan kita. Bukan ikut selera kita ye.Tapi ikut keperluan badan kita.


Dalam sepinggan tu, lebihkan sayur dan buah-buahan tapi kurangkan lemak. Apa yang penting, ambil ikut keperluan badan. Lagi pun kalau kita ikut cara Rasulullah makan, mesti makan sebelum kita lapar dan berhenti sebelum kenyang.

2. Banyakkan minum air kosong
Air kosong penting tau untuk kawal berat badan. Lagi berat badan kita lagi banyak air yang diperlukan oleh badan. Kalau ikutkan nasihat yang pakar, setiap 25kg berat kita, kita perlukan satu liter air. 

25kg = 1 liter air

Jadi, kalau macam tini ni, berat dah cecah 55 kg, kena pastikan pengambilana air yang lebih 2 liter air atau minimumnya ambil 2 liter air sehari.

3. Bersarapan mengikut masa
Ramai sangat yang nak mudah ni. Bnagun tidur lambat terus buat BRUNC; breakfast + luch. So, bila perut dah lapar ni mula la kita nak ambil makanan secara berlebihan. Nasi tengah hari dah tak cukup sesuku pinggan mesti ambil sampai penuh satu pinggan.Bahaya kan kalau skip breakfast. Tak pe la ambil breakfast yang ringan je seperti dua keping roti atau oats dan lain-lain yang sesuai la.

4. Kerapkan Masa Makan
Pecahkan masa makan kepada beberapa masa supaya kita sentiasa makan tapi dalam kuantiti kecil. Kekerapan masa makan untuk kuantiti kecil menjadikan perut tidak terlalu lapar dan kita boleh makan dalam kuantiti kecil sahaja. Cara ini jika diamalkan secara berterusan boleh meningkatkan kadar metabolisme badan. Cepatlah pembakaran kaloti makanan yang kita ambil setiap hari.

TIPS DAN CARA UNTUK KURUSKAN BERAT BADAN

1. Tetapkan matlamat
Jangan rasa tak nak tengok berat badan kita. Kira Indeks Jisim Tubuh kita supaya kita boleh tetapkan berapa banyak berat yang kita nak turunkan. Buat kiraan supaya kita bole minimakan penurunan  berat badan setiap bulan. Jadngan terlalu extreme sampai nak turunkan 2 kilo dalam masa sebulan. Kalau tak capai, kita akan kecewa, fed up dan putus asa. Langkah awal, target untuk turunkan sekilo sahaja sebulan. Jangan terlalu memaksa diri

2. Kira kalori makanan diambil
kena rajin dapatkan info untuk kalori makanan diambil.kecilkan nilai kalori yang diambil setiap hari supaya sasaran penurunan berat bulanan dapat dicapai. Jangan takut untuk berkata TIDAK kepada beberapa makanan yang tinggi kalori seperti roti canai, nasi lemak dan sebagainya. Pengambilan makanan yang rendah kalori mempercepatkan penurunan berat badan kita.

3. Exercise
Nak berjaya memang kena berkorban sikit kan. Kena bersenam supaya lebih banyak kalori yang diambil dibakar dengan cepat. Kalau rasa tak mampu nak jogging jauh-jauh sangat apa kata mulakan dulu dengan exercise ringan seperti berjalan dalam jarak tertentu. Nak lagi seronok boleh join kelas aerobik yang mana kalori kita lagi cepat dibakar.

4. TIPS NAK KAWAL BERAT BADAN DILAKUKAN
Tips di atas untuk mereka yang nak kawal berat badan dilakukan dengan konsisten. Jangan lupa minum air kosong, ambil bekfes dan kerap makan dalam kuantiti kecil.

5. Jangan Putus Asa
Untuk mereka yang berat Air, mungkin penurunan berat badan akan lebih cepat. manakala yang berat daging akan mengambil masa sedikit. Yang penting jangan putus asa dan kecewa. Teruskan usaha dan yakin tidak ada yang mustahil untuk diri Anda

6. Amalkan suplement yang sudah disahkan melalui R&D
Jika anda berminat untuk mencuba produk Qaseh, tini syorkan penggunaan SOLE dan Qaseh Gojes. 
Qaseh Gojes mengandungi cuka epal yang boleh menurunkan kadar kolesterol dan mengurangakan kadar gula dalam badan.

Manakala sole pula, boleh membantu menurunkan beran badan dengan mudah kerana toksin dalam badan disingkirkan dengan pengamalan sole secara berterusan. Antara caranya ialah perah dan rendam lemon ke dalam air sole dan biarkan seketika kemudian amalkan untuk 1.5 liter sehari.







Untuk mendapatkan Produk Qaseh, boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com
SIHAT ITU JIHAD

Bagaimana Nak Cantik Sampai Buat Rakan -Rakan Lama Terkejut.

Cuti pertengahan tahun aritu, saya nak COD qaseh Adinda kepada kawan lama yang sama-sama mengajar di Sarawak.Sekarang masing-masing dah balik ke Semenanjung.So alang-alang nak COD Qaseh Adinda tu saya ambil kesempatan untuk jumpa kawan-kawan lama. Bestnya bila jumpa kawan, Dan yang bestnya dia tegur tini dah lain.Makin cerah dan cantik.Hihi..I tersipu malu je. Bila ditanya rahsia, tini senyum dan jawab amalkan dulu produk Qaseh Adinda ni dan kosmetik yang Syarikat Ana Edar keluarkan.

Bila sebut set kosmetik saya yakin memang semua boleh agak kan, mesti set kosmetik tu melibatkan bedak, lipstik, krim dan sebagainya kan? Hurm..semua memang dah tau kan, Hari ni tini nak share kan sedikit sebanyak tentang set kosmetik keluaran Syarikat Ana Edar. Tini berjinak-jinak dengan kosmetik Ana Edar ni selepas tini ambil Qaseh Adinda dan Sole. Kebetulan masa tu bedak kompek dah habis. Jadi tini order sekali la bedak kompek Ana Edar. saje nak try and error sebab tini ni jenis yang susah juga nak sesuai dengan bedak.

Bila dah try bedak kompek ni, rasa best pulak sebba kulit memang tak ada apa-apa alergik. Pastu yang bestnya warna bedak ni senang je diratakan seluruh muka, Takde bercapuk-capuk pun. Yang lebih penting, bedak kompek ni memang halal dan boleh dipakai semasa solat. Tini tempek gambar bedak best ni jap.
Ni memang dah bedak ketiga tini guna sekarang.memang best.harga pun mampu milik.insyaAllah akan puas hati dengan bedak kompek ni.

Selain daripada bedak kompek, tini juga pengguna sabun eksotika sebagai pencuci muka.tahan juga sabun ni sebab tini potong kecil- kecil je untuk jimat kan.tini pun rasa best pakai ni sebab sabun ni mengandungi kulit kayu manis dan sesuai la untuk muka berparut tini ni..hihi

Dalam set kosmetik ni juga kita ada bb cream untuk digunakan sebagai pelindung kulit wajah.



Lipstik pula tak terang atau merah sangat.Memang akan ikut warna bibir ikut darah jugak.Jadi, ada sesetengah yang pakai akan terang, dan ada yang biasa- biasa aje.





Yang pasti, semua kosmetik dari Syarikat Ana Edar memang dijamin halal dan boleh digunakan semasa solat.

Jika anda berminat dengan kosmetik Ana Edar boleh hubungi tini seperti berikut,

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com



Khamis, 20 Ogos 2015

Petua Untuk Anak yang Sedang Demam Campak

Alhamdulillah, awal bulan Ogos yang lepas, Azra dah makin membesar dan genap usianya setahun. Rasanya sekejap je masa berlalu. Baru lagi terasa berpantang, sakit-sakit badan pun tak hilang sepenuhnya lagi kan. Beberapa makanan yang dah pantang sebelum ni baru je tini cuba-cuba makan. Tapi dalam masa yang sama Azra dah menginjak ke usia setahun. Hari ke hari tini asyik memerhati dan melihat perkembangan Azra yang membesar bersama. Betul kan melihat anak membesar bersama kita memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Pada usia setahun ni, Azra masih kedekut untuk memanggil saya umi, walaupun dia boleh menyebutnya semasa dia menangis. Yang selalu disebut hanyalah abah.:)

Pengalaman memang mendewasakan kita. Saya sendiri tidak tahu yang Azra demam campak tiga minggu lepas. Memang saya perasan yang badannya sedikit merah-merah. Tapi saya fikir itu hanya lah alergik yang timbul akibat dia berpeluh. Mujur lah pengasuh saya bagitau yang Azra demam campak.Huhu, sadis jugak rasanya diri ni sebab tak tau pun anak sendiri demam campak.

Azra jenis yang demam cepat kebah, Mungkin kerana saya memang berikan Azra Qaseh Gold Junior untuk antibodinya. Tapi demamnya 3 minggu lepas sehingga lima hari, kejap demam kejap tak demam. Selepas ke klinik buat kali kedua, baru lah pengasuh Azra bagitau yang Azra demam campak. Lega sekejap rasa dalam dada sebab saya tahu Azra tak demam biasa. Anak kepada kawan di sekolah tini anaknya yang demam campak sampai 2 minggu. Makan pun tak selera. Jadi, tini pun bersyukur juga sebab Azra cuma dalam tempoh lima hari je demam dan meragam.




PETUA UNTUK ANAK YANG SEDANG DEMAM CAMPAK

1. Mandi Tak Bersabun
Ni yang kakak pengasuh Azra pesan. Kalau mandikan Azra tak payah bersabun. Lalukan je air tu kat badan pastu cepat-cepat lap. Tapi Azra pun tak suka sangat mandi time demam ni. So saya mandikan kejap-kejap je, Pastu terus lap badannya

2. Elak makanan berminyak
Yang ni pak cik kat kawasan rumah pengasuh Azra ni pesan. Jangan bagi sangat makanan bergoreng.Eloknya bagi makanan macam bubur tu je tak payah goreng atau tumis bawang pun. Tapi tini tak tanya la pulak apa rasionalnya kan. Tapi untuk anak ni, tini ikutkan je la.

3. Minum Air Kelapa
Masa Azra mula-mula dikesan kena campak tu, ada yang pesan biar je campak tu naik habis satu badan sehingga ke tapak kaki. Pastu bagi Azra minum Air kelapa. Ada yang bagitau air kelapa tu untuk keluarkan semua biji-biji tu sampai habis. Jadi bila cepat biji campak tu keluar cepatlah sembuhnya

4. Amalkan makanan tambahan, multivitamin dan seumpamanya
Untuk Azra, tini memang lazimkan dia untuk ambil qaseh Junior. Satu yang tini perasan, demam cepat kebah. Dulu bila masuk enam bulan Azra kerap demam. Sampai tini nangis malam-malam sebab tak larat nak berjaga malam kan. Ye la esoknya kerja lagi kan. Memang suami bantu tapi anak ni kalau demam memang akan cari ibu. Memang penat sangat dan MC pun selalu ambil sebab anak kerap demam. Alhamdulillah, selepas cuba Qaseh Junior secara konsisten demam Azra memang dah jarang sangat dan kalau demam pun cepat je kebah. Sama juga masa Azra demam campak ni, tini bagi Qaseh Junior 4 jam sekali.Alhamdulillah, pengasuh tini pun bagitau cepat juga biji campak Azra hilang. Alhamdulillah, Junior memnag sanagt banyak membantu.Ye la ikhtiar kita sebagai ibu kan.



So, untuk ibu-ibu yang berpengalaman dengan campak anak-anak, boleh la share pengalaman di sini. InsyaAllah kita dapat info baik yang boleh dikongsi. Untuk ibu-ibu yang nak berikan Qaseh Junior untuk anak-anak jangan segan utnuk hubungi tini ye

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660(SMS/WHATSAPP)
EMEL- myself140383@yahoo.com




Mengatasi Masalah Sakit Saraf denga Qaseh Premier

Sakit saraf tidak mengenal siapa dan umur. Faktor umur bukan menjadi faktor terpenting untuk masalah saraf. Ada yang menghadapi masalah saraf sejak kecil sehingga besar, Ada yang sakit saraf sehingga merasa sakit belakang yang amat sangat dan ada yang terkesan dengan masalah sakit saraf ini. Sesetengah pesakit saraf ,mengalami sakit belakang yang melampau dan ada yang sakit sehingga tidak mampu bergerak atau berjalan. 

KENALI TANDA SAKIT SARAF

1. Sakit Belakang
 Adalah perkara biasa bagi mereka yang menghadapi sakit belakang biasa akibat urusan harian. Namun, jika anda sakit belakang secara terus dan tidak tertahan menanggung sakitnya, mungkin itu petanda awal bahawa sarafnya sudah tidak berfungsi dengan baik. 

2. Sukar tidur malam
Jika anda menghadapi masalah sukar tidur malam akibat kesakitan bahagian belakang, itu memang satu tanda sakit saraf dan anda perlu berasa risau dan segera ke hospital. Kesukaran untuk tidur malam kerana sakit badan juga antara tanda sakit saraf.

3. Sakit yang amat sangat seolah-olah dibakar
Ada sesetengah kes pesakit saraf yang menghadapi iritasi seperti rasa menyucuk atau terbakar pada bahagian tertentu. Keadaan ini menjadikan pesakit saraf sangat tidak selesa dan menghadapi masalah emosi yang tak stabil. Mereka lebih sensitif dan merasa tertekan akibat rasa tidak selesa yang berterusan.

BAGAIMANA MENANGANI SAKIT SARAF

1. Postur badan yang betul
Sentiasa mengekalkan postur badan yang betul semasa duduk, berdiri, berjalan mahu pun melakukan aktiviti harian lain sekalipun membengkok untuk mengangkat barang. Postur badan yang salah akan mempengaruhi keadaan fizikal seseorang

2. Dapatkan rawatan segera
Biasanya pesakit akan menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) yang dapat mengesan kedudukan saraf yang tidak berfungsi dengan baik.


3. Untuk menangani sakit saraf juga, tini cadangkan untuk anda mengamalkan qaseh gold premier yang memberi kebaikan tambahan untuk pesakit saraf.






tini sertakan beberapa testimoni menarik pengalaman daripada pengguna qaseh premier



e

Jika anda berminat untuk mencuba qaseh gold premier untuk mengatasi masalah saraf dan yang berkaitan, boleh hubungi tini

KARTINI JUSOH
0139924660
myself140383@yahoo.com