Ahad, 12 Julai 2015

Anak Selesema. Bagaimana Saya mengatasinya

Jumaat lepas, saya dengar Azra dah bernafas tidak seperti biasa. Seolah-olah tersekat dengan sesuatu dalam hidungnya. Jadi saya check dalam hidung mana tau ada hingus yang kering. Ermm..betul tekaan saya. Saya nampak hidung Azra yang dah berhingus kering. Selesema pada anak memang merisaukan saya. Azra bukan anak yang dilahirkan sihat. Dia penghidapa jantung berlubang sejak lahir lagi. Namun saya positif dia boleh membesar dengan sihat tanpa pembedahan. Namun doktor memang ingatkan saya untuk memastikan Azra tidak demam berpanjangan kerana itu boleh membawa kepada masalah jangkitan kuman.Anak saya selesema,saya mesti atasi segera. 

Saya yakin ibu-ibu lain juga sama seperti saya, memang nak anak sentiasa sihat. Anak saya selesema.Bagaimana saya boleh membantu Azra mengatasinya. Bila selesema, dia susah bernafas dan sangat merisaukan bila dadanya dah berombak sebab tak cukup nafas. Dadanya mudah berombak kerana mungkin kebocoran pada jantung menjadikan pengepaman Oksigen dalam darah perlahan dan dia mudah tercungap-cungap.Sebab itu, bila anak selesema saya mesti mengatasinya segera.

Memang sejak mengamalkan Qaseh Junior dengan konsisten saya dah tak perlu berjaga malam untuk menjaga suhu badan Azra yang meningkat. Kalau dulu Azra ni setiap bulan akan demam dan sangat membimbangkan hati ibu ini. Si pesakit jantung berlubang ni kalau dah demam memang akan jadi sanagt slow  dan tidak aktif. Lagi risau jika demamnya tak kebah dalma tempoh tiga hari.

Pengalaman pada MAC yang lepas, di mana Azra menghadapi demam tiba-tiba pada malam harinya sehingga suhu badan naik mencanak-canak dalam tempoh 30 minit. Dah dibawa ke hospital tetapi suhu masih juga naik. Cukuplah sekali pengalaman masa tu, dengan keadaan anak yang lemah, dadanya yang berombak kerana susah untuk bernafas dan hati saya yang dah longlai melihat keadaan Azra sebegitu. Kerana itu saya bertekad untuk mencari sesuatu yang boleh meningkatkan antibodi Azra. 

Saya menemui Qaseh Gold Junior pada usia Azra dah 6 bulan. Sejak itu saya pastikan Azra mengamalkan Qaseh Junior dengan konsisten. Memang dia dah jarang demam, cuma kadang-kadang selesema sikit. Bila dah perasan ada hingus dalam hidung Azra, saya kan cepat bagi Qaseh Junior. Memang Qaseh junior membantu mempercepat pengeringan hingus Azra. 



Inilah Qaseh Gold Junior yang saya amalkan untuk Azra. Hati ibu saya memang sangat bersyukur kerana dipertemukan dnegan Qaseh Junior. Memang sangat serasi Qaseh junior dengan Azra, Alhamdulillh.

Bagaaimana nak dapatkan Qaseh Junior? Saya adalah pengedar sah produk Qaseh Gold. Untuk mendapatkn produk Qaseh Gold yang asli, pastikan anda mendapat kannya daripada pengedar sah seluruh negara. Jika anda berminat untuk mencuba kepada anak anda boleh hubungi saya seperti di bawah. COD boleh dilakukan sekitar Jerantut, Kuala Krau dan Bandar Pusat, Jengka. Pengeposan dilakukan ke seluruh negara.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
Fb: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com

Sabtu, 11 Julai 2015

Masalah Keputihan. Bagaimana mengatasi keputihan

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua.

Malam ni dah masuk malam ke 25 kita berpuasa.Semakin hari semakin cepat je masa berlalu. Ramadhan begitu pantas berlari kan. Pagi tadi selepas mengemas rumah iaitu rutin biasa di hujung minggu, tini akan membersihkan diri. Sementara anak tidur lena boleh la mencuci tandas sekali. Kasi kilat sikit ini hari kan..hihi. Semasa membersihkan lantai tandas tu terlintas di fikiran kotor lantai ni masih boleh disental.Kalau kotor dalaman macam mana ye. Kotor hati banyakkan berzikir kan. Kalau kotor dalaman kita sebagai seorang wanita ni, macam mana nak sental ye? Takkan sesuka hati nak telan clorox plak.Ekeke. Kotor dalaman ni tini maksudkan bagi wanita yang menghadapi masalah dalaman rahim mereka. Selalu keputihan, senggugut berterusan, haid yang tak teratur, busuk dan kehitaman dan macam-macam lagi. Tini ingat lagi, bidan yang urut tini selepas bersalin aritu ada pesan, perempuan ni nak nampak cantik senang je.pastikan dalaman terutamanya bahagian rahim sihat, bersih dan terpelihara. 

Intro sikit punya panjang! Macam nak mengajar pulak kat sekolah kan. Nak kena ada pendahuluan jugak. kih2. Sebenarnya malam ni tini nak share cerita tentang masalah keputihan yang melanda wanita kita di Malaysia. Sama ada anda sudah berkahwin atau bujang masalah keputihan takkan selesai begitu sahaja tanpa ikhtiar untuk mengatasinya.

APA ITU KEPUTIHAN?
Keputihan adalah lendiran yang keluar daripada faraj sama ada lelehan tersebut pekat atau cecair. Tetapi yang paling penting, warna pada lelehan tersebut menentukan penyakit yang mungkin dihadapi wanita tersebut.

KEPUTIHAN boleh jadi cecair tanpa warna yang keluar dari faraj dan tidak mempunyai bau. Manakala jika lendiran tersebut pekat, berwarna kekuningan atau kehijauan serta berbau anda sebenarnya sudah menghidapi masalah keputihan. Jika lendiran  yang keluar  berwarna dan berbau itu adalah masalah yang berpunca daripada keradangan dan kegatalan pada faraj. 

KENAPA BERLAKU KEPUTIHAN?
Masalah keputihan boleh berlaku kerana perubahan hormon pada badan wanita sehingga mempengaruhi penegluaran keputihan yang berlebihan.

Ada yang lebih berbahaya apabila keputihan tersebut adalah disebabkan jangkitan bakteria. Jika benar anda berdepan dengan masalah jangkitan pada faraj tidak mustahil untuk pasangan anda juga akan dibawa ke hospital kerana jangkitan ini boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin.

BAGAIMANA MENGATASI KEPUTIHAN?

1. Elakkan pengambilan makanan yang sejuk-sejuk seperti timun, tembikai, ulam raja, kacang botol dan macam-macam lagi makanan yang sejuk2 ni.

2. Pastikan anda sentiasa relax dan mendapat rehat yang cukup.
Stress dan kepenatan juga boleh menyebabkan keputihan berlaku. 

3. Cuci alat kelamin selepas bersama dengan suami.

4. Elakkan mencuci alat sulit dengan sabun dan pencuci. Ini boleh meningkatkan kekeringan pada kulit dan sekaligus menyebabkan kemaluan merah dan membengkak.

5. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat kelamin. 

6. Pastikan anda memakai pentyliner semasa keputihan untuk mengurangkan risiko alahan pada kemaluan wanita. Pastikan juga pentyliner sentiasa ditukar ganti

7. Rajinkan diri merebus daun sireh dan digunakan untuk mencuci kemaluan

BAGAIMANA QASEH GOLD ADINDA MEMBANTU MENGATASI KEPUTIHAN?

Qaseh gold Adinda adalah rumusan daripada pelbagai makanan sunnah seperti habatus sauda, buah tiin,kurma, madu, minyak zaitun, sireh, air zam-zam, za'faran, pegaga, passiflora dan macam-macm lagi.  

Kandungan sireh di dalam Qaseh Gold Adinda boleh mebantu merawat nya. Sireh memang sudah terkenal mampu merawat masalah dalaman wanita. 





Untuk anda yang berminat untuk mencuba Qaseh Gold Adinda, sila lah berhubung dengan saya sepertimana di bawah

KARTINI BINTI JUSOH
0139924660
FB: Tini KArtini
myself140383@yahoo.com

Jumaat, 10 Julai 2015

PETUA HILANGKAN DEMAM, SELESEMA BAYI SECARA SEMULAJADI

Pagi ni semasa bersahur, saya baru je berbual dengan suami yang anakanda kami dah lama tak demam.Kalau dulu, hampir setiap bulan Anakanda akan demam. Kadang-kadang sampai saya terpaksa ambil MC sebab nak menjaga anak yang demam. Memang merisaukan saya kalau terpaksa membiarkan Azra dengan pengasuh jika dia demam. Bukannya tidak percaya dengan pengasuh Azra tetapi hati kita ni takkan senang kan kalau dah tahu dia demam. Biasanya dulu bila Azra demam saya sedaya upaya elakkan bagi ubat untuk Azra. Saya lebih suka gunakan petua-petua orang lama untuk mengurangkan demam dan selesema Azra. 
Sebab tu tercetus idea untuk tini share sikit petua untuk hilangkan demam, selesema bayi secara semulajadi yang tini dah kumpulkan.

PETUA HILANGKAN DEMAM, SELESEMA BAYI SECARA SEMULAJADI

1. BASAHKAN KEPALA ANAK DENGAN AIR
Biasanya kalau kita ni menyusu badan, kita boleh rasa suhu badan anak meningkat apabila anak dah masukkan mulut dia untuk menyusu. Kalau kita rasa hangat semacam je dalam mulut bayi, boleh terus check suhu anak dengan termometer. Biasanya memang betul suhu anak tinggi kalau kita rasa mulut anak panas je. Kalau tini dulu cam gitu lah.Dah rasa panas je mulut Azra ke badan tini, memang cepat-cepatla ambil termometer. Kalau suhu 37.0 darjah celcius memang tini dah start ambil air untuk basahkan kepala Azra. 

2. BASAHKAN BADAN SECARA KESELURUHAN
Selain basahkan kepala anak, tini akan pastikan bahagian celah dan lipatan badan anak juga akan tini basahkan secara kerap. Untuk bayi lelaki, basahkan juga bahagian baawah "batu" anak tu. Kadang-kadang kita lupa untuk basahkan bahagian tersembunyi ni kan.

3. GUNAKAN AIR DAUN BUNGA RAYA
Dulu, arwah mak tini selalu basahkan kepala tini dengan air ramasan daun bunga raya ni. Mak kata daun bunga raya ni bila kita ramas akan keluarkan lendir. Jadi lendir tu akan  bertahan lama kat kepala kita dan menyerap haba dari badan. jadi tini selalu juga gunakan air ramasan daun bunga raya ni sebab senang je nak buat kan. Stok daun bunga raya banyak kat umah pengasuh Azra. Selalu tini mintak je ngan kak Zan ni.hihi

4. STOKIN BASAH ATAU STOKIN CUKA
Yang ni paling excited tuk tini sebab selama ni tak pernah tahu dl. Rupanya ada satu cara yang lebih senang untuk percepatkan haba keluar dari badan anak kita. Rendam stokin ke dalam cuka selama 5-10 minit. Kemudian perah lebihan cuka dari stokin dan pakaikan ke kaki anak. Jika stokin kering boleh rendam semula stokin dan pakaikan semula ke kaki anak.

tu antara empat cara yang tini gunakan untuk Azra. Mungkin ada cara yang lebih baik bolehla sahabat-sahabat share kan bersama ye.

Selain daripada itu, pastikan anak kita mendapat rehat dan tidur yang cukup kerana anak yang demam ni badannya memang sangat penat.

Oh, ye selain daripada cara di atas, tini juga pastikan Azra ambil Qaseh Junior 4 jam sekali. Qaseh junior kan gabungan 15 ramuan hebat dan mempunyai campuran makanan sunnah terbaik. InsyaAllah demam anak akan cepat kebah.Selesema pun cepat kering







bagaiimana nak dapatkan Qaseh gold junior? Boleh hubungi tini seperti di bawah.sms ke whatsapp ke..insyaAllah akan segera tini respon

KARTINI JUSOH
0139924660
fb: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com

Rabu, 8 Julai 2015

CARA MENGATASI KENCING MANIS DENGAN BERKESAN

Semalam tini balik agak awal dari sekolah. Mungkin badan dah rasa sangat penat. Semakin menghampiri penghujung ramadhan ni, badan jadi makin penat pulak. Nak menelan Qaseh Adinda untuk hilangkan penat tapi bulan puasa pulak kan. Dah sampai rumah pengasuh, anakanda saya tengah seronok bermain. So tini berbual dulu denga pengasuh, Kak Jan. Mula-mula dia cerita tentang Azra yang makin aktif bermain. Maklum lah dah mula bertatih sekarang ni. Kemudian terkeluar pula cerita kakak kepada Kak Jan yang semakin hari semakin teruk penyakit kencing manisnya. Mata dia dah makin kabur, badan asyik penat dan mudah pitam.Tau lah tini tu memang la simptom-simptom kencang manis. Jadi tini rasa nak share tentang penyakit kencing manis sikit dan cara mengatasi kencing manis dengan berkesan.

Daripada sumber yang tini baca, penyakit kencing manis memang penyakit popular di Malaysia. Antara 10 penyakit glamer di Malaysia. Adoi, kronik jugak tu.Mungkin sebab Malaysia ni kaya dengan kuih muih yang manis kan. 



Sedap kan tengok kuih kita? Tapi kuih-kuih ni jika diambil dengan kuantiti tidak terkawal memang akan menyumbang kepada penyakit kencing manis. Kencing manis atau dikenali juga sebagai diabetis mellitus perlu dicegah dan dirawat untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk. Jadi jom kita kenali dulu tanda-tanda penyakit kencing manis dan kemudian baru lah kita lihat cara mengatasi penyakit kencing manis dengan berkesan.

TANDA-TANDA PENYAKIT KENCING MANIS

1. Paras gula yang tinggi - Biasanya kita akan dapat bacaan gula ni melalui alat pengukur kadar gula dalam darah.



2. Dahaga yang berlebihan dan selalu kencing malam
3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
4. Sentiasa rasa lapar
5. Luka lambat sembuh
6. Keletihan dan cepat marah
7. Mudah dijangkiti kulat
8. Penglihatan kabur
9. Kebas pada tangan dan kaki
10. Kulit jadi sensitif dan bertukar menjadi warna gelap

CARA MENGATASI KENCING MANIS

Kesedaran untuk mengawal dan mengatasi kencing manis perlu datang dari dalam diri sendiri. Barulah setiap tindaqkan yang kita lakukan untuk mengasasi kencing manis dapt dilakukan dengan berkesan.

1. Kawal pemakanan seharian- Pemakanan yang melibatkan semua jenis makanan bergula dan mengandungi glukosa memang wajib dielakkan. Jika beras, digalakkan ambil beras yang tidak berkanji. Kuih-muih manis adalah diLARANG sama sekali. Gantikan gula dengan stevia sebagai pemanis.

2. Senaman- Membantu pesakit kencing manis untuk mengeluarkan peluh seterusnya meningkatkan kesihata jantung dan paru-paru.

3. Pemeriksaan diri sendiri
Sentiasa mendapatkan bacaan pada alat pengukur kadar gula supaya nilai yang kita dapat pada alat pengukur sentiasa konsisten baik

4. Pemerikasaan doktor dan ubat

5. Amalkan suplemet untuk menurunkan paras gula dalam darah

MENGAPA PESAKIT KENCING MANIS KERAP KENCING?

Disebabkan Penyakit yang sudah tidak terkawal sehingga paras bacaan gula sangat tinggi. Selain itu, Kerosakan buah pinggang boleh berlaku kerana apabila paras gula sangat tinggi dalam darah, buah pingganng terpaksa bekerja lebih keras sehingga menyebabkan kerosakan.

APA SUPLEMEN YANG KITA CADANGKAN?

SOLE. iaitu garam yang kaya dengan 84 mineral. Sole berasal dari garam Bukit Himalaya di pendalaman yang sangat tinggi. Oleh itu, khasiat sole adalah sangat tinggi.

Paras glukosa yang tinggi dalam darah menjadikan darah lebih pekat dan memaksa buah pinggang untuk bekerja lebih kuat bagi membersihkan darah yang pekat dengan gula. Oleh itu, Sole akan membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah supaya darah kita tidak terlalu pekat dan meringankan kerja ginjal membersihkan darah.



anda penghidap kencing manis?nak cuba tak sole? jangan lupa hubungi tini ye

KARTINI JUSOH
013 9924660
myself140383@yahoo.com










CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN BERKESAN

Assalamualaikum

Pagi ni masa bersiap-siap nak ke sekolah, saya membelek muka mencalitkan sedikit krim UV ke muka. Kemudian sambil meratakan krim ke muka, saya lihat jerawat di bawah dagu saya yang makin mengering. Muka saya naik dua biji jerawat minggu lepas selepas mula consume produk baru dari Qaseh Gold iaitu QASEH GOLD GOJES.Saya senyum membelek jerawat. Alhamdulillah, dah makin menyusut dan mengering.Bagaimana cara menghilangkan jerawat dengan berkesan ye?

Selepas mengenakan tudung kuning pagi tadi, saya mula melangkah yakin ke sekolah. Alhamdulillah, GOJES yang saya amalkan dua minggu lepas dah boleh buat saya tersenyum. Memang dua minggu lepas atau awal Ramadhan lepas, saya bertekad untuk mencuba produk baru dari Syarikat Ana Edar. QASEH GOLD GOJES khusus untuk kulit wajah saya yang sering berjerawat dan berparut.



Ye, inilah GOJES. Saya jatuh cinta bila melihat kotak GOJES yang berwarna purple pink. Kerana masalah kulit saya agak serius iaitu parut tebal dan berjerawat saya terus tamak dengan membeli 2 kotak GOJES sekaligus. Hari pertama mencuba GOJES, saya hanya perlu koyakkan penutup atas sachet. Kemudian dengan perlahan-lahan saya meneguk GOJES yang memang dalam bentuk cecair. Rasa GOJES  sedap, manis+masam dan agak 'keras' sedikit (rasa madu yang pure). 
Dua hari mengamalkan GOJES, saya mula rasa wajah saya sedikit berminyak, Kemudian, jerawat mula tumbuh di bawah dagu saya. Jerawat memang boleh tahan besarnya sebab saya pun malu nak keluar rumah. Tetapi saya teruskan minum GOJES selama genap tujuh hari dan mengabaikan jerawat di bawah dagu tu.Alhamdulillah, selepas mengamalkan GOJES secara berterusan, jerawat batu saya berkurang.Dan jerawat di bahagian yang lain jugak dah tiada. Alhamdulillah.Jadi saya yakin saya jumpa cara terbaik untuk menghilangkan jerawat dengna berkesan.

Alhamdulillah QASEH GOJES memang hebat

Berbalik kepada cara menghilangkan jerawat dengan berkesan, tini ada beberapa petua yang nak dikongsikan

1.BEDAK SEJUK
Cara ni agak berkesan dengan saya sebab jerawat saya pernah kering dengan ubat sejuk. 

2. DAUN JAMBU BATU
Ni petua mak-mak ye. Andainya sekarang ni jerawat dah tumbuh ke muka. Jadi try amik daun jambu batu dan diitumbuk halus dan tempekkan pad

3. Banyakkan minum air kosong
Satu sebab jerawat tumbuh ke muka selain daripada pori-pori tersumbat, disebabkan oleh kandungan toksin yang tinggi dalam badan. Maka, sebagai seorang yang mempunyai masalah jerawat ajarkan diri untuk minum banyak air kosong supaya toksin dalam badan cepat keluar melalui air kencing.

4. Bersenam
Masalah pori tersumbat menyebabkan toksin dari badan tidak dikeluarkan. Sekaligus mengundang jerawat untuk memenuhi wajah kita. Jadi aktiviti riadah yang aktif membantu mengeluarkan peluh badan seterusnya membuka pori pada kulit dan mengelakkan pori kulit kita tidak tersumbat.

5. Kawal pemakanan agar seimbang
Mengelakkan makanan yang berminyak dan berlemak dapat membantu mengatasi masalah jerawat.  

Ok, itu antara cara menghilangkan jerawat dengan berkesan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi tini seperti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
fB: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com

Isnin, 6 Julai 2015

Anak sembelit teruk. Bagaimana mengatasinya

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari tu dapat msg seorang kawan yang nak sangat order qaseh junior cepat. So tini tanya jugak amik untuk apa kan. Bila customer tersayang order, memang dah jadi kemestian untuk kami banyak tanya.Supaya kami ni tak tersalah bagi consultation. 
Sembelit atau kesukaran untuk membuang air besar di kalangan kana-kanak. Menurut Dr. Zubaidi, jika anak-anak tidak membuang air besar selama tiga hari tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda tidak selesa maka ia bukan dianggap sembelit.Tetapi jika anak anda tidak membuang terlalu lama dan menghadapi kesakitan dan tidak selesa semasa proses 'membuang' barulah dikatakan sembelit.



TANDA SEMBELIT PADA ANAK-ANAK

1. Sering mengelak dan menangis untuk mebuang air besar
2. Meneran dengan kuat sehingga menangis akibat sakit
3. Najis mereka pula dalam keadaan kering, berbiji-biji kasar
4. Kentut yang berbau
5. Selalu kembung perut

Gejala atau tanda-tanda di atas biasa berlaku kepada anak-anak yang sembelit. Bahkan anak-anak menjadi sangat takut untuk membuang air besar atau fobia untuk membuang air besar.

BAGAIMANA MENGATASI SEMBELIT ANAK-ANAK

1. Banyakkan minum air kosong. Kadang-kadang anak kita ni tak suka minum air masak atau air kosong biasa. Anak saya sendiri pun kalau dimasukkan air kosong biasa ke dalam botol susu, tak banyak yang boleh dihabiskan.Ibarat kata tak luak pun. Tapi saya akan masukkan air suam.Dapatlah dia minum lebih sikit. Kadang-kadang bila saya buatkan susu, saya cairkan sangat susunya supaya dia tak hadapi masalah sembelit.

2. Banyak ambil makanan berserat dan fiber. Buah-buahan adalah sumber serat yang bagus. Tetapi dalam satu kajian yang dilakukan, kurma adalah buahan yang paling tinggi seratnya. Kandungan serat yang tinggi dalam badan membantu mengatasi masalah sembelit anak-anak.

3. Urutan. Semasa anak saya masih kecil dalam beberapa bulan la anak saya pernah menghadapi masalah sembelit ni. Jadi kakak saya ada ajarkan urutan di bahagian bawah perut, diikuti urutan di bahagian betis. Lepas tu angkat kedua-dua kaki anak dan lakukan gerakan mengayuh pada kedua-dua kaki anak.Kaedah ini membantu pergerakan najis di bahagian usus besar anak kita

4. Bekalkan anak anda dengan makanan tambahan yang tinggi serat iaitu QASEH GOLD JUNIOR


KENAPA QASEH JUNIOR BOLEH MENGATASI SEMBELIT ANAK?

Qaseh junior adalah gabungan pelbagai buahan atau makanan sunnah.
* buah tin
* madu
* kurma
* zaafaran
*habatus sauda
* sireh
* mkinyak zaitun
* air zam-zam
* minyak zaitun 
* Gingko

Kepelbagaian buahan yang ada dalam  dapat mengatasi masalah sembelit anak-anak. Bahkan kurma yang juga mengandungi serat yang tinggi dapat membantu penghadaman anak-anak.



Ahad, 5 Julai 2015

SAKIT KEPALA, MIGRAIN . PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

Migrain bukanlah sakit kepala atau pening kepala biasa. Migrain ialah sakit kepala yang teramat sangat, berdenyut-denyut sehingga mengganggu tugas harian seseorang.




PUNCA MIGRAIN

Migrain berlaku disebabkan darah yang dikatakan tidak sampai ke otak akibat tersekat. Ini menyebabkan sakit kepala yang melampau.
Antara punca-punca lain yang boleh menyebabkan migrain ialah

  • apabila terlihat cahaya yang sangat terang
  • kerana terdengar bunyi yang sangat kuat
  • jika terhidu bau yang sangat tajam atau kuat
  •  jika seseorang berdepan dengan masalah tekanan emosi dan fizikal yang teruk
  •  jika waktu tidur tidak teratur
  • perokok atau mereka yang terdedah kepada asap rokok yang teruk
  • terlalu lapar
  • alah terhadap makanan-makanan tertentu
CARA MENGATASI MIGRAIN

1. Jauhkan diri dari perokok dan asap rokok kerana asap rokok boleh menyempitkan salur darah yang menghalang darah daripada sampai ke otak
2. Jangan minum air berkafein
3. Pastikan paras glukosa dalam darah adalah stabil dan sesuai
4. minum air kosong atau air suam dengan banyak
5. Makan makanan yang kaya dengan Magnesium
6. Ambil makanan yang mengandungi serotonin
7. Ambil makanan tambahan yang sesuai

MENGAPA SEROTONIN PERLU TINGGI KEPADA PESAKIT MIGRAIN?


Apa itu serotonin?
Serotonin ialah pembina perasaan bahagia/senang hati dan sejahtera sehingga digelar hormon bahagia.Tapi jangan salah faham serotonin bukan hormon ye.
Serotonin yang akan mengatur mood kita untuk melakukan aktiviti harian kita. Jadi serotonin yang terhasil membantu memberi kedamaian dan ketenangan.Kehadiran serotonin mnjadikan fikiran kita tenang skaligus mnghilangkan migrain.

Untuk memudahkan anda, kami menawarkan produk QASEH GOLD ADINDAyang mengandungi campuran makanan sunnah yang sangat kaya dengan madu dan kurma. Dalam kurma kandungan triptofan adalah sangat tinggi. Triptofan merupakan sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin.


Untuk mendapatkan Qaseh Adinda, jangan segan untuk menghubungi saya seperti berikut

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660
FB: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com



Sabtu, 4 Julai 2015

STRESS..BAGAIMANA NAK MENGATASI STRESS @TEKANAN

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Keadaan dunia sekarang yang semakin laju dan sentiasa bergerak pantas menyebabkan kita boleh ketinggalan jauh ke belakang. Oleh itu, kena berani berdepan dengan diri sendiri supaya tidak ketinggalan. Tetapi, tuntutan kerja yang terlalu sibuk boleh menyebabkan ketegangan dan stress yang memanjang. So hari ni tini nak kongsikan tentang stress dan cara mengatasi stress.




Dalam mana-mana buku pun stress boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sama ada anda wanita, lelaki atau kanak-kanak. Anak-anak zaman sekarang bukan lagi anak-anak yang bebas melakukan apa sahaja.Yang bebas memanjat pokok, bebas mandi sungai.Sebaliknya anak-anak zaman sekarang boleh stress sebab tak tahu nak buat apa di wasan kejiranan yang sangat padat. Nak tengok tv adik-adik ramai dan bising.Nak buat kerja rumah stress dengan keadaan rumah. Akhir sekali stress mereka dilepaskan di luar.

BAGAIMANA NAK MENGATASI STRESS?

1. Mengingati Allah
Secara Islamiknya, stress perlu didepani dengan cara sentiasa mengingati Allah. Basahkan lidah dengan zikir-zikir pada Allah, tenangkan dengan cara memperbanyakkan bacaan ayat suci atau perdengarkan ayat suci di telinga kita. Kalimah suci adalah pengubat jiwa paling pantas untuk menenangkan hati.

2. Bersenam.
Bersenam ialah melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Pengeluaran peluh menjadikan badan lebih segar sebenarnya.Sekaligus memberi ruang untuk kita berfikir dan dapat mengatasi ketegangan dalam hidup dengan baik. Lakukan senaman dengan lebih kerap kerana senaman adalah cara terbaik dan murah untuk mengatasi stress.

3. Rancang kehidupan mengikut keutamaan.
Sebagai contoh, jika anda stress disebabkan kerja yang terlalu banyak. Cuuba senaraikan dengan baik kesemua kerja dan tuliskan dateline untuk semua. Kemudian buatlah kerja satu persatu

4. Jangan bertangguh
Setiap kerja jangan tunggu terlalu lama untuk dimulakan. Pastikan sebaik sahaja kerja tersebut diperolehi teruskan dengan perancangan rapi untuk memastikan tugas tersebut siap dengan segera

5. Window shopping
Ini khas untuk wanita sahaja ye. Dalam zamn GST dan pelbagai barangan pun naik harga. Anda boleh jamu mata anda dengan deretan handbag, kasut, pakaian dan sebagainya. Tapi awas!!jangan tergoda pulak ye!Kalau tak, anda akan menambah stress dalam diri anda sahaja jika wang tak mencukupi.Hihi

6. Relaxkan diri dengan urutan dan spa
Ini part paling best.Sebab melalui urutan dan sentuhan, stress dan ketegangan memang mudah lari.Mungkin kerana badan anda dan fikiran anda dah terlalu penat.

7. Makan kurma
Kurma mampu merangsang pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh tubuh. Memang lah sel darah merah memang sangat penting kan?
Kurma juga mengandungi triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menhgasilkan serotonin.Apa itu serotonin?
Serotonin yang terhasil dalam badan mampu menstabilkan mood, melegakan stress dan memperbaiki kualiti tidur kita. Dengan itu, keseimbangan hormon kita menjadi stabil dan membantu mengurangkan ketegangan dan menangani stress

NAK LAGI MUDAH?
Untuk mendapatkan khasiat kurma seperti di atas, anda boleh mengamalkan Qaseh Gold kerana Qaseh Gold sangat kaya dengan kurma. Kandungan utama Qaseh Gold iaitu kurma adalah pilihan terbaik untuk memudahkan kita dan menjimatkan masa kita untuk makan kurma.



1 SUDU QASEH = 1 BIJI KURMA
Dan untuk mennagani masalah stress dan keletihan melampau, Tini syorkan anda untuk mengamalkan produk Qaseh Gold Adinda dan sole
KEBAIKAN QASEH GOLD ADINDA
Kandungan kurma adalah sangat tinggi yang membantu merangsang penghasilan serotonin dan dapat mengatasi stress

KEBAIKAN SOLE
Sole ialah garam bukit yang diperolehi daripada Bukit Himalaya dengan kedalaman yang sangat tinggi. Sole terisi dengan kandungan mineral yang sangat tinggi dan mampu menggantikan kandungan mineral yang telah hilang akibat aktiviti harian kita. Bahkan Sole menyahtoksin dari dalam tubuh serta sekaligus membantu penyerapan khasiat Qaseh Gold Adinda dengan baik.

Untuk mendapatkan Qaseh Gold Adinda dan Sole, anda boleh hubungi tini seperti di bawah

KARTINI BINTI JUSOH

013-9924660
FB: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com

Jumaat, 3 Julai 2015

Susu Badan Kurang.Bagaimana nak bagi susu badan banyak?

Assalamualaikum semua. Bahagianya bila dengar ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak secara eksklusif dengan susu badan kan. Tetapi kita juga pernah dengar sesetengah ibu yang hampir putus asa untuk memberikan susu badan disebabkan susu badan yang makin berkurang.Masalah susu badan makin berkurang bukanlah pelik kan. Kurang susu badan semasa pantang, kurang susu badan selepas masuk kerja dan sebagainya. Persolannya, bagaimana nak bagi susu badan kita banyak dan cukup untuk bayi kita minum?



SUSU BADAN KURANG SEMASA PANTANG

Sebenarnya susu badan kurang semasa tempoh berpantang adalah normal, terutamanya ibu-ibu muda yang baru melahirkan anak yang pertama. Pada awal minggu kelahiran susu badan yang keluar adalah sangat sedikit tetapi susu tersebut agak pekat. Memang susu badan yang sedikit di awal kelahiran bayi adalah sangat normal kerana pada usia awal seperti ini, anak-anak kita juga memerlukan hanya sedikit sahaja susu disebabkan perut mereka yang masih kecil.

BAGAIMANA NAK BAGI SUSU BADAN BANYAK SEMASA PANTANG?

Sebenarnya pada peringkat awal kelahiran, bayi kita masih belum kuat menyusu disebabkan oleh keperluan susu yang sangat sedikit untuk mereka. Untuk meningkatkan pengeluaran susu, ibu perlu kerap menyusukan bayi supaya ada sentuhan dan stimulasi di antara anak dan puting susu. Kekerapan anak menyusu akan membantu meningkatkan stimulasi dan merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak.

Selain itu, ibu yang menyusukan bayi mesti sanagt menjaga kuantiti air yang diminum. Perbanyakkan air suam atau air kosong supaya pengeluaran susu sentiasa banyak. Tini masih ingat masa tini dalam pantang dan nak mengepam susu, apa yang tini buat ialah tini perbanyakkan minum air suam setiap hari. Memang tini dah dibekalkan denganair dalam jug 2liter untuk tini habiskan setiap hari.Hmmm..banyakkan?

SAYA DAH KERAP MENYUSUKAN BAYI TETAPI SUSU MASIH SEDIKIT

Ibu-ibu boleh mula mengepam susu menggunakan pam susu yang sesuai. Pengepaman susu yang dilakukan akan meningkatkan lagi stimulasi sehingga rangsangan bertambah pada puting susu kita. Ini juga akan membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. 
Pengepaman susu yang dilakukan secara berkala, konsisten dan teratur akan menambah kadar pengeluaran susu badan sehingga melimpah!

DAH HABIS PANTANG TAPI SUSU MASIH SEDIKIT
Ibu-ibu kena semak balik beberapa perkara penting apabila dah mula bekerja dan terpaksa meninggalkan anak kepada pengasuh atau taska.

1. kurang minum air kosong. Sekurang-kurangnya 2liter sehari.Lebih elok jika boleh ambil air suam

2. stress atau tekanan. Bila kita dah mula bekerja, masa kita dah terbahagi dua. Urusan harian bertambah disebabkan fokus terhadap kerja di pejabat dan urusan di rumah. Pembahagian masa yang cekap sangat penting untuk mengelakkan kita terkejar-kejar sehingga menyebabkan kita menghadapi tekanan dan stress.

3. terlalu penat. Ini perkara biasa bagi ibu yang berkerjaya. Masa siang kita banyak dihabiskan di tempat kerja dan apabila sampai ke rumah badan dah penat. Tini yakin sesampai ke rumah, urusan rumah juga akan segera disetelkan oleh ibu-ibu kan? Ibu mana yang boleh duduk diam apabila bersama anak?Ibu mana yang boleh duduk diam apabila mainan anak dan pakaian kotor tak terurus?Isteri mana yang boleh duduk diam apabila suami dah pulang dari kerja?Urusan makan, pakai dan sebagainya untuk suami perlu disediakan.Multitask yang dipikul isteri menyebabkan badan sangat penat sehngga mmbr ksan kepada pengeluaran susu badan.

BAGAIMANA NAK BAGI SUSU BADAN BANYAK?

1. Perkara paling asas ibu memang kena kerap menyusukan anak secara direct
2. Pam susu secara berkala dan konsisten. Untuk memudahkan ibu, ibu boleh sediakan satu jadual harian untuk ibu mengepam susu dan seterusnya jadual tersebut mesti dipatuhi dengan baik. Pengepaman boleh dilakukan dalam tempoh 2 atau 3 jam sekali.
3. Banyakkan minum air suam dan air kosong. Pastikan air yang diambil sehingga 2 liter sehari tanpa gagal!
4. Makan makanan seimbang. Ibu yang menyusukan bayi kan mudah lapar. Pastikan pengambilan makanan adalah mengikut piramid makanan agar hidangan yang kita ambil adalah hidangan yang lengkap.
5. Amalkan ayat dari al-Quran untuk memperbanyakkan susu iaitu


6. Amalkan makanan tambahan, Qaseh Gold Adinda dan Sole
Selain 5 perkara di atas, ibu-ibu juga digalakkan untuk mencuba set susu meriah daripada Qaseh Gold iaitu Qaseh Gold Adinda dan sole. Kedua-dua produk ini sangat membantu meningkatkan pengeluran susu badan di samping mengurangkan rasa penat dan mengurangkan stress setiap hari.



Untuk anda yang ingin mencuba set susu meriah dari Qaseh Gold boleh hubungi tini terus ye seprti di bawah.

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660 (sms/whatsapp/call)
Fb: Tini Kartini
emel: myself140383@yahoo.com


Amalan Ibu mengandung supaya Anak cerdas dan Pintar

Anak yang lahir selalunya berkait dengan penjagaan ibu semasa hamil lagi. Selain anak yang lahir sempurna dan sihat, semua ibu bapa mengharapkan anak mereka menjadi anak-anak yang pintar dan cerdas. Impian kita pada anak-anak sangat tinggi kan?Kerana itu sayang kita pada anak-anak memang tidak dapat diukur bahkan tiada pengukur yang sesuai untuk digunakan. Namun, untuk melahirkan anak-anak yang cerdas dan pintar pasti berkait dengan amalan ibu semasa mengandung lagi. 

AMALAN IBU MENGANDUNG SUPAYA ANAK CERDAS DAN PINTAR

1. Makanan seimbang dan vitamin yang terbaik.
Sepanjang kehamilan, adalah sangat penting untuk ibu hamil mendapat makanan yang seimbang merangkumi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam piramid makanan. Keseimbangan maknanan yang diambil menjamin keperluan nutrisi bayi yang dikandung mencukupi. Sebagai contoh, seawal usia kandungan sehingga 4 bulan, bayi memerlukan protein, mineral dan kalsium untuk menjamin pembentukan bayi dengan sempurna. Kecuaian ibu hamil dalam memastikan keperluan nutrisi bayi dipenuhi boleh menyebabkan bayi tidak cukup berat dan perkembangan otak yang terganggu.

2. Perbanyakkan membaca ayat suci Al-Quran.
Selain itu, amalan ibu mengandung untuk mendapatkan anak cerdas dan pintar ialah dengan cara mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Ayat suci yang dialunkan oleh ibu hamil membantu bayi untuk dibiasakan dengan kalimah suci Allah serta merangsang pergerakan dan perkembangan bayi. Satu kajian pernah dijalankan untuk melihat kesan bacaan ayat suci Al Quran terhadap kandungan. Subhanallah, ada yang membuktikan pergerakan bayi seolah-olah sedang sujud kepada Allah apabila dialunkan dengan kalimah suci ini.

3. Ibu hamil yang sering membaca dan mengisi masa dengan berfaedah
Ibu yang sedang mengandung juga digalakkan untuk memenuhi masa terluang dengan membuat kebaikan seperti membaca buku, dan melakukan aktiviti lain seperti mengemas sambil berbual-bual dengan kandungan. Kaedah ini juga sudah dibuktikan dapat merangsang otak bayi. 

4. Doa dan doa berterusan
Doa ibu adalah doa yang paling mustajab kan. Berdoa lah agar anak yang bakal dilahirkan adalah anak yang sihat dan cerdas serta pintar. Doa yang bersungguh-sungguh dari seorang ibu akan dimakbulakn

5. Amalkan suplement makanan sunnah seperti kurma
Semasa mengandung, nutrisi dalam badan kita terpaksa dikongsi bersama anak. Ditambah jika ibu mengandung terlalu sibuk, terlalu penat serta selalu mengejar waktu. Dapatkan buah kurma yang dapat memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil jika anda mengalami alahan dan selera makan yang kurang. Untuk memudahkan anda, boleh dapatkan produk Qaseh Gold Adinda yang mengandungi pelbagai campuran makanan sunnah yang dapat membekalkan nutrisi secukupnya sepanjang kehamilan anda.


1 sudu Qaseh Gold = 1 biji kurma

Adalah lebih mudah jika anda mengamalkan Qaseh Gold dalam bentuk cecair yang mengandungi 11 makanan sunnah terpilih.
Untuk mendapatkan Qaseh Gold Adinda, boleh hubungi saya sepeerti berikut. Penghantaran sekitar Jerantut, Jengka dan kawasan sekitar. Jika anda berada jauh dari saya, khidmat pos akan saya gunakan dan anda akan mendapat Qaseh Gold Adinda di tangan anda selewat-lewatnya selepas 3 hari(hari bekerja).

KARTINI BINTI JUSOH
013 9924660(SMS/WHATSAPP/CALL)
Fb: Tini Kartini
emel; myself140383@yahoo.com