Isnin, 28 Disember 2015

ALAHAN TERUK SEMASA KEHAMILAN

Menghadapi alahan pada trimester pertama adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Namun demikian, alahan setiap orang itu pastinya berbeza. Istilah 'morning sickness' kerap digunakan bagi mewakili alahan ibu hamil ini. Namun demikian, tidak semua orang yang akan menghadapi alahan pada sebelah pagi. Bergantung kepada individu itu sendiri. Ada yang akan merasa alahan pada waktu pagi dan ada yang waktu petang. Jadi, jangan bandingkan diri anda dengan orang lain ye.

Oh, ye kehamilan di trimester pertama menuntut ibu-ibu untuk menjaga diri dengan baik sekali. Jadi, dalam letih lesu melayan alahan loya dan muntah, jangan abaikan kesihatan diri dan keperluan rehat bagi ibu yang sedang hamil di trimester pertama.

KENAPA ALAHAN BERLAKU?

Alahan berlaku kerana berlakunya peningkatan kadar hormon dalam badan ibu hamil yang turut bertindak balas dengan hormon-hormon yang terhasil sepanjang kehamilan tersebut. Alahan berlaku juga dikaitkan tindakbalas atau respons badan kita dengan peningkatan hormon human chorionic gonadotropin, hCG hormone semasa hamil.






Jika kita perhatikan graf, hormon hCG ni mula meningkat naik pada usia kehamilan empat minggu dan memuncak pada minggu ke-12 dan mulai menurun pada minggu ke -16. Bermakna alahan kita mula berkurang pada usia kehamilan empat bulan ke atas. Jadi jangan risau jika kita mengalami loya dan alahan semasa hamil kerana ia adalah reaksi badan kita terhadap hormon baru yang terhasil semasa kita mengandung.

BAGAIMANA MENGATASI ALAHAN YANG TERUK


1. Tidur dalam keadaan perut berisi

sebelum tidur, makan sebahagian kecil makanan asalkan kita tidak tidur dalam keadaan perut kosong. Jika kita tidur dengan perut kosong, keadaan ini boleh menyumbang kepada perasaan loya di pagi hari.

2. Ambil Makanan Ringan selepas bangun tidur
Bila dah bangun tidur, bersegera mengambil makanan ringan. Makanan ringan tu boleh jadi biskut kering, buah-buahan, roti atau apa sahaja yang membuka selera anda waktu itu. Tapi jangan ambil nasi sampai tuga pinggan pulak ye bangun-bangun dari tidur.Kesian perut awak beb..Hihi

3. Minuman panas di awal pagi
Ambil secawan minuman panas yang berkhasiat seperti Koko Panas, COklat panas dan sebagainya untuk membantu mengatasi anda mengalami alahan yang teruk

4. Hindarkan bahan yang mempunyai bau tajam
Biasanya ibu hamil sangat alah dengan bau-bauan yang sangat kuat. Macam tini dulu, satu kepantangan kalau tercium bawang yang sedang ditumis.Kompem akan rasa nak muntah. Apa bahan yang menjadikan anda mual? Anda pasti lebih tahu kerana setiap kita mempunyai lahan yang berbeza kan?

5. Jeruk, Mangga dan limau nipis untuk dicium semasa loya
Pastikan bekalann jeruk atau potongan mangga sentiasa bersama anda. Lagi satu yang best kalau tetiba rasa nak muntah boleh cium limau nipis cepat-cepat. Masa tini peknen dulu tini suka cium beras untuk hilangkan loya. Tak tau lah nape.Hihi.


Apa pun yang anda lakukan untuk mengatasi alahan, pastikan badan sentiasa bertenaga agar bekalan nutrien yang sepatutnya dapat disalurkan kepada baby kita. Oh ye, ibu hamil di trimester pertama boleh amalkan kurma banyak-banyak ye. Kurma akan memberi tenaga segera kepada badan kita.





Nak lagi mudah, apa kata amalkan je Qaseh Adinda untuk bekalan tenaga segera ibu-ibu semua. Kenapa ye?

SESUDU QASEH = SEBIJI KURMA

Jadi lebih mudah kan.Tak payah kunyah, just telan je.Untuk anda yang ingin mendapatkan produk kesihatan sepanjang kehamilan, boleh cuba set kehamilan Qaseh iaitu Qaseh Adinda dan Sole





Jangan lupa hubungi tini seperti di bawah ye.


KARTINI JUSOH
Pengedar Qaseh Gold
0142907448

Tiada ulasan:

Catat Ulasan