Isnin, 26 Oktober 2015

RESIPI JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS

Assalamualaikum..
Resipi jemput-jemput ikan bilis!!. Hihi simple je tajuknya tapi inilah feveret tini. Biasanya kalau kat rumah, buat jemput-jemput tini cuma masukkan gandum,air, garam dan ikan bilis. Namun sejak menyewa di Marudi dan serumah dengan geng-geng yang pandai menikmati makanan dapatla tini variasikan makanan. Macam mana nak variasikan makanan? Encik Google kan ada!Hihi.

RAHSIA JEMPUT-JEMPUT ENAK

Bahan-bahan

1. Gandum
2. Air
3. Ikan bilis
4. Bawang besar (Holland)- mayang
5. Daun sup
6. Ubi kentang
7. Soda bikarbonat
8. Garam
9.Lobak

Cara memasak

1. Gandum biasanya tini masukkan 2 cawan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air masak dengan perlahan sambil kacau dengan tangan atau senduk
3. Masukkan bawang besar yang dimayang, ikan bilis, soda bikarbonat dan ubi kentang yang dihiris nipis.
4. Kacau sehingga sebati. Selalunya tini kacau sehingga gandum tu serasi dengan air yang mana tepung gandum jadi sedikit cair
5. Biarkan lebih kurang 10-15 minit. Biarkan adunan mengembang dan bertindak balas dengan soda bikarbonat
6. Kemudian baru masukkan daun sup yang dihiris nipis. Kemudian, masukkan lobak merah yang dihiris nipis dan halus untuk memberikan warna pada jemput-jemput kita
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Sedia untuk digoreng

RAHSIA JEMPUT IKAN BILIS GARING DAN SEDAP

Semasa panaskan minyak pastikan minyak dipanaskan dengan sempurna dan kuat.
Kemudian, bentukkan jemput-jemput anda mengikuat acuan yang dikehendaki. Masukkan ke dalam kuali yang sangat panas dan minyak yang banyak. Kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan sehingga warna jemput-jemput bertukar keemasan menunjukkan ia telah garing.
Saya lebih suka membalik-balikkan jemput-jemput supaya tidak terlalu garing dan jadi keras.

Dah siap, bolehlah dihidangkan kepada yang tercinta



Oh ye, sebelum berpisah bagi yang ingin mendapatkan produk Qaseh, jangan segan untuk hubungi tini ye.

kartini jusoh
013 9924660


Tiada ulasan:

Catat Ulasan