Selasa, 8 September 2015

TIPS ELAK ANAK DEMAM JIKA BALIK KAMPUNG

Alhamdulillah, cuti merdeka lepas dapat lah tini balik kampung lagi.Cuti pada hari Isnin memang best.lajak sikit tuk cuti di kampung.Walaupun cuti hanya tiga hari, balik kampung tetap balik kampung. Tapi memang badan akan penat sikit la.Ye la mana sempat nak rehat.nak tinggalkan rumah sendiri memang kena berkemas, pakaian famili pun nak kemas, banyak benda nak kena setel sebelum balik kampung.

Macam tini, suami cuma cuti bermula sabtu sehingga isnin.Jadi terpaksa bertolak awal pagi Sabtu untuk elak jam. Balik sekejap memang memenatkan. Penat badan berada dalam kereta untuk balik pun tak sempat hilang. Tiba-tiba dah sampai masa balik ke Jerantut semula.Kita yang dah dewasa ni terasa penatnya, apatah lagi anak-anak kecil kan?Tapi hari ni tini share tips persediaan sebelum balik kampung dan tips untuk elak anak demam jika balik kampung kejap je kan.



1. Pastikan semua barangan dah siap dikemas sebelum hari bertolak
- semua barangan memang dah readi malam hari sebelum bertolak.especially barangan keperluan anak yang mungkin kita perlu guna semasa perjalanan. Contohnya, saya siapkan dalam satu beg kecil sepersalinan azra(tak kisah baju apa2 pun).pampers, mandian, kain lampin, tuala kecil, tisu basah dan bedak. senang kalau azra buang air besar, saya boleh ambil terus untuk tukar. Jadi ini boleh bantu Azra supaya rasa tak selesa terlalu lama. Lagi pun kalau saya sibuk berkemas memang Azra lah tukang kemas kedua. Jadi saya biasa prepare barang sikit-sikit dan kemas ke dalam beg ikut senarai yang dah disediakan beberapa hari sebelum balik.

2. Tidurkan anak dalam kereta
Tini ni lagi suka kalau Azra tidur dalam kereta dan dapat rehat yang cukup sebelum sampai ke kampung. Tini akan biarkan Azra main dan main sebelum naik kereta. Biasanya sebelum bertolak, tini akan mandika dia.Siapkan susu Azra dan selepas setengah jam perjalanan Azra akan tidur sambil menyusu.

3. Urutan kasih sayang
Perjalanan berjam-jam dalam kereta boleh buat badan kita penat dan lenguh. Apa yang saya buat, saya akan urut badan Azra semasa tidur malam.Biasanya kita akan nampak anak akan selesa dengan urutan kita. Jika Azra diurut, yang saya perasan dia akan hulurkan lagi bahagian badan yang sedang diurut dan kita boleh nampak dia sangat selesa dan relax semasa tidur.

4. Makanan sihat dan seimbang
Satu perkara yang mesti kita tahu, anak-anak ni kalau dah jumpa geng dia(sepupu sepapat) dia, memang dia dah tak kisah dengan makan. Yang mereka tahu mesti nak main dan main dan main, Biasanya kalau dah sampai masa makan, tini akan panggil semua anak buah dan siapkan makanan mereka. Jadi bila yang dah besar-besar ni makan, Azra akan duduk dan makan sekali. Biasanya kalau dah makan ramai-ramai ni memang berselera makan. Kadang bukan makan nasi lauk yang best sangat.Setakat nasi putih, ayam goreng dan kuah sayur.Semua akan hadap dengan licin.

5. Qaseh Junior Setiap hari
Yang ni memang macam wajib pada tini. Sebab jantung berlubang Azra, tini memang sangat takut kalau Azra penat dan demam. Azra pernah mencungap-cungap seolah-olah tak cukup nafas semasa balik kampung dulu. Disebabkan seronok sangat main sampai Azra tak tidur petang. Bila tak cukup tidur siang maknanya masa rehat Azra tak cukup siang tu. So masa saya nak solat Maghrib, kakak saya yang urut-urut sambil bacakan ayat suci dan hembus ke kepala Azra. Bila Azra tertidur baru ombak nafasnya beralun normal. Saya memang berjaga-jaga sungguh selepas kejadian tu. So tini pastika Qaseh junior perlu disuap dua kali sehari pagi dan malam.InsyaAllah, antibodi anak akan bertambah bila amalkan Qaseh Junior.



Selamat beramal dengan tips dari tini ye. Jika anda berminat nak mendapatkan produk Qaseh Gold, boleh hubungi tini seperti berikut.

KARTINI JUSOH
0139924660

Tiada ulasan:

Catat Ulasan